KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah merangka program peningkatan keupayaan pesawat tempur F/A-18D (Hornet) dan kini dalam proses mendapatkan sejumlah pesawat tempur dari Kuwait, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata perolehan yang dirancang itu melibatkan 33 buah pesawat F/A-18C/D Tentera Udara Kuwait yang masih dalam keadaan baik serta mempunyai waktu jam operasi yang rendah berbanding pesawat Hornet TUDM sedia ada.
Beliau berkata kerajaan Kuwait dijangka melucut tauliahkan pesawat F/A-18C/D setelah menerima dan mengoperasikan pesawat terbaharu F/A-18E/F (Super Hornet) yang lebih moden dan kini dalam proses penghantaran oleh syarikat Boeing dari Amerika Syarikat.
"Namun inisiatif ini masih menunggu perbincangan antara kedua-dua buah negara atau di peringkat kerajaan dengan kerajaan. Sekiranya inisiatif ini berjaya direalisasikan, sudah pasti ia akan meningkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan TUDM dalam menjaga ruang angkasa negara," katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Zaiedi Suhaili yang meminta penjelasan mengenai rancangan program peningkatan keupayaan pesawat tempur F/A-18D dan sama ada dibuat penambahan bilangan pesawat jenis sama pada masa hadapan bagi kekurangan pesawat itu ketika ini.
Ikmal Hisham berkata perancangan itu juga telah dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM (CAP55) Fasa 1.
Menjawab soalan asal Zaiedi mengenai sejauh mana rancangan pemodenan aset pesawat tempur dan pesawat latihan diberikan keutamaan dalam 2022, beliau berkata tiada perancangan pemodenan bagi pesawat latihan TUDM untuk tahun depan berikutan ia masih relevan bagi tujuan latihan.
Menurutnya, pesawat latihan TUDM yang terdiri daripada pesawat latihan sayap kaku jenis PC7 dan pesawat latihan helikopter jenis EC120 akan terus diguna pakai untuk tahun depan seperti yang digariskan dalam CAP55.
Selain itu, beliau berkata TUDM juga berhasrat menggunakan pesawat tempur F/A-18D sehingga 2035.
"Lanjutan dengan itu, TUDM telah merancang program peningkatan keupayaan pesawat tempur F/A-18D yang dijangkakan bermula pada 2022 bagi memastikan kesiagaan pesawat ini kekal relevan.
"Kementerian Pertahanan juga telah mengangkat permohonan peruntukan bagi program ini kepada Kementerian Kewangan pada tahun ini. Di samping itu, pesawat tempur Sukhoi Su-30 MKM kini juga sedang melalui program peningkatan keupayaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021

Menurut Ikmal perolehan yang dirancang itu melibatkan 33 buah pesawat F/A-18C/D Tentera Udara Kuwait yang masih dalam keadaan baik. - Gambar fail/BERNAMA

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

TUDM terima pesawat tanpa pemandu dari Turkiye tahun ini
TUDM dijangka mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye yang diperoleh pada Mei 2023, dalam tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).

67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.

Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.

Ribut tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina - PM Anwar
Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu.

56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.

TUDM nafi dentuman kuat di Ipoh berpunca daripada 'sonic boom'
TUDM menafikan bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh, Perak pagi semalam berpunca daripada dentuman sonik.

Kuwait beri reaksi positif Malaysia beli pesawat tempur Hornet untuk TUDM
Kerajaan Kuwait memberi maklum balas positif berhubung hasrat Malaysia dalam perolehan pesawat tempur jenis F/A-18 Legacy Hornet milik tentera udara negara Timur Tengah itu.