Tuduhan terhadap Alec Baldwin atas pendakwaan membunuh tanpa sengaja ahli sinematografi, Halyna Hutchins di lokasi penggambaran filem Rust telah digugurkan, kata peguam aktor ternama Hollywood itu.
"Kami menerima dengan baik keputusan untuk menarik balik kes terhadap Alec Baldwin dan kami mengalu-alukan siasatan yang teliti terhadap fakta-fakta kemalangan tragik ini," kata peguam Baldwin, Luke Nikas dan Alex Spiro dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Pejabat Peguam Daerah Pertama New Mexico, Mary Carmack-Altwies, bagaimanapun, enggan mengulas mengenai perkara tersebut kepada NBC News.
Menurut laporan portal itu, apa yang tidak jelas juga ialah sama ada tuduhan terhadap Hannah Gutierrez-Reed yang merupakan pengurus senjata api dalam filem Rust akan diteruskan atau sebaliknya.
Hutchins, 42, ditembak mati pada 21 Oktober 2021 semasa penggambaran filem berkenaan dijalankan di Bonanza Creek Ranch, New Mexico.
Baldwin ketika itu sedang berlatih dengan pistol untuk adegan tertentu sebelum senjata api itu tiba-tiba meletup dan tertembak Hutchins dan menyebabkan pengarah filem berkenaan, Joel Souza, cedera.
Perbicaraan kes terhadap Baldwin, 64, sejak dari awal lagi diwarnai dengan kontroversi terutama apabila pendakwa raya Andrea Reeb dipaksa meletakkan jawatan berikutan tuduhan memiliki konflik kepentingan oleh pasukan pembelaan.
Berita pengguguran tuduhan terhadap Baldwin diumumkan pada hari sama dengan penggambaran semula filem Rust di Yellowstone Ranch, Montana.
Filem ini dijangka memerlukan sekurang-kurangnya 20 hari lagi penggambaran dan Baldwin dilaporkan berada di lokasi penggambaran pada Khamis. - Agensi
Agensi
Thu Apr 20 2023

Tuduhan terhadap Alec Baldwin atas pendakwaan membunuh tanpa sengaja ahli sinematografi, Halyna Hutchins di lokasi penggambaran filem Rust telah digugurkan, kata peguam aktor ternama Hollywood itu. - Gambar fail AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelakon Alec Baldwin ucap terima kasih kepada penyokong selepas tuduhan digugurkan
Pelakon Amerika Syarikat (AS) Alec Baldwin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selepas kes pembunuhan tanpa niat terhadapnya digugurkan oleh seorang hakim di New Mexico.

Pengendali senjata api filem Rust dipenjara 18 bulan
PENGENDALI senjata api untuk filem bajet, Rust, Hannah Gutierrez-Reed dihukum penjara 18 bulan pada Isnin berhubung insiden kematian ahli sinematografi, selepas ditembak aktor, Alec Baldwin.

Alec Baldwin didakwa sekali lagi bunuh tanpa sengaja
Pertuduhan bunuh tanpa sengaja yang pertama terhadap Baldwin diterangkan dalam dokumen mahkamah sebagai "penggunaan senjata api secara cuai."

Keluarga Halyna Hutchins bakal kemuka saman terhadap Alec Baldwin
Peguam keluarga mangsa berkata pelakon itu "tidak boleh lepas daripada tanggungjawab" yang menyebabkan kematiannya.

Tuduhan membunuh terhadap pelakon Alec Baldwin digugurkan
Tuduhan terhadap Alec Baldwin atas pendakwaan membunuh tanpa sengaja di lokasi penggambaran filem Rust telah digugurkan.

Alec Baldwin mengaku tidak bersalah tembak ahli sinematografi
Alec Baldwin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh tanpa sengaja ahli sinematografi, Halyna Hutchins.

Pertuduhan membunuh petugas set pada 2021 ke atas Baldwin dikurangkan
Pendakwa raya telah mengurangkan pertuduhan terhadap pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin berkaitan kematian seorang petugas set filem 'Rust" pada 2021.

Alec Baldwin didakwa secara rasmi tembak mati kru penggambaran
Alec Baldwin didakwa secara rasmi atas pertuduhan menembak mati seorang ahli sinematografi filem di set penggambaran pada Oktober 2021.

Tembakan di set filem: Pelakon Alec Baldwin akan didakwa
Pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin akan didakwa atas pertuduhan menembak maut kru filem di set penggambaran filem baharunya Rust pada 2021.

Insiden babitkan Alec Baldwin: Laporan forensik FBI dapati picu pistol ditarik
Pelakon yang memenangi Golden Globe, sebelum ini mendakwa dia tidak menarik picu pistol.