Selepas 10 hari diburu, polis akhirnya memberkas ketua ‘Tuhan Harun’ iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor, petang Rabu.
Harun, 47, dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Abd Malik 10 November lalu.
Harun ditangkap bersama isteri ketiganya Azida Mohd. Zol, 30 di No 76, Jalan Puteri 2/15 Taman Bandar Baru Tangkak, Ledang pada 3.30 petang.
Turut diberkas seorang pengikut Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun, 41, di Jalan Hospital, Tangkak.
Lelaki berkenaan dipercayai turut dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Raffli yang ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat sini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan tangkapan tersebut.
Sementara itu, polis menahan sembilan pengikut ajaran Tuhan Harun bagi mendapatkan keterangan, setelah kesemua individu terbabit tampil menyerah diri.
Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontigen Pahang, SAC Zakaria Ahmad berkata, siasatan menyeluruh sedang dibuat agar kes pembunuhan Ahmad Raffli diselesaikan dengan segera.
Daripada 31 pengikut ajaran Tuhan Harun, tujuh daripada mereka telah dikeluarkan waran tangkap .
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berangkat menziarahi keluarga Ahmad Raffli menyifatkan insiden pembunuhan itu adalah suatu perbuatan yang kejam.
Baginda turut mengingatkan agar para pegawai dan penguatkuasa JAIP untuk terus berkhidmat dengan berdedikasi walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko.
Dalam kejadian 10 November lalu, Ahmad Raffli ditembak 3 das pada jarak dekat di kediamannya di Indera Mahkota 2.
Allahyarham meninggalkan seorang balu bersama 4 orang cahaya mata.
Astro Awani
Wed Nov 20 2013

15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

'Tuhan Harun' ditahan di Tangkak
Selepas 10 hari diburu, polis akhirnya memberkas ketua Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor.