JOHOR BAHRU:Seorang pemandu bas yang bekerja di Singapura akhirnya dapat pulang menemui keluarga terutama bayi sulungnya selepas terpisah sejak tujuh bulan lepas kerana kekangan tugasan di republik itu akibat pandemik COVID-19.
Pertama kali dapat menatap Nur Afeeya Humaira yang berusia enam bulan di depan matanya sendiri, Muhammad Fadlie Md Yunos, 30, berkata perasaannya sukar digambarkan dengan kata-kata dan bersyukur anak dan isterinya, Norazrin Mohamad Apandi, 27, dalam keadaan sihat.
Katanya, selama ini dia hanya mengubat kerinduan terhadap isteri dan anak melalui panggilan telefon dan video yang menjadi rutinnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lepas selain melihat gambar dan rakaman video di telefon pintarnya.
"Pada mulanya saya tidak risau untuk meninggalkan isteri yang sarat mengandung lapan bulan kerana menyangka PKP hanya dua minggu sahaja, namun saya mula risau kerana saya tiada di sisi isteri ketika dia bersalin kerana PKP dilanjutkan.
"Nasib baik keluarga kami dapat membantu untuk menjaga isteri. Saya pula hanya mampu berada di sisi isteri secara maya di dalam bilik bersalin melalui panggilan video sahaja," kata anak kelahiran Melaka itu sewaktu ditemui di rumahnya di Taman Bukit Aliff di sini.
Katanya, sebaik selesai menjalani kuarantin, cuti seminggu yang diberikan majikan digunakan sebaik mungkin dengan membawa isteri dan puteri sulungnya itu bercuti ke Cameron Highlands sebelum kembali bertugas di negara jiran itu semalam.
Muhammad Fadlie yang bekerja di Singapura lebih 10 tahun itu berkata cabaran pandemik COVID-19 ini memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal selain sentiasa berfikiran positif demi mencari sesuap nasi untuk keluarga tercinta.
Dia juga berharap agar pandemik ini beransur pulih dan sempadan Malaysia-Singapura dapat dibuka seperti sediakala selain menasihati rakan seperjuangannya agar sentiasa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 01 2020
Seorang pemandu bas yang bekerja di Singapura akhirnya dapat pulang menemui keluarga terutama bayi sulungnya selepas terpisah sejak tujuh bulan lepas kerana kekangan tugasan di republik itu akibat pandemik COVID-19. - Bernama
Tahun Ular Kayu 2025 bawa 'qi' positif
2025 disifatkan sebagai 'tahun pengumpulan' yang dilihat mampu menjadi titik tolak dalam meraih banyak unsur positif seperti kemewahan dan kemeriahan.
KPKT peruntuk RM16 juta untuk pembinaan baharu Pasar Pasir Pinji
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM16 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
PM minta himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya hari ini, supaya tidak mengganggu perjalanan lawatan negara Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia.
Presiden Indonesia Prabowo tiba untuk lawatan negara
Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di ibu negara hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Mardi lancar 'Green House Projek Inisiatif Keterjaminan Makanan 2025'
Ia merupakan sebahagian daripada Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 yang bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian inovatif.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Arwah abang menangis bila salam, peluk' - Adik pemandu bas
Menurut Noorismail, Allahyarham akan bertemu dengannya sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi namun tidak berbuat demikian semalam.
11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu
Pihak berkuasa menjumpai satu alat untuk penyalahgunaan dadah, dipercayai milik pemandu bas itu.
Pemandu bas sekolah viral: 'Bagaimana TikTok benar akaun seperti ini begitu lama?' - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan kesalahan dalam video pemandu bas.
Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.
Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu
Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian di Jalan Kuantan-Segamat.
Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja
Seorang pemandu bas persiaran ditahan kerana positif ganja dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 di Plaza Tol Hutan Kampung di sini pada Sabtu.
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China pada Sabtu direman selama empat hari bermula Ahad.
Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul
Pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di kilometer (KM) 290.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini mempunyai 15 rekod saman trafik.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.