KUALA LUMPUR: Tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang dikemukakan dalam ucapan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, tidak merujuk kepada pembentukan sebuah kerajaan baharu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Sebaliknya, Saifuddin berkata, ia adalah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendapat dukungan daripada sebahagian Ahli Parlimen pembangkang, bagi menyelesaikan isu-isu tertentu.
"Dia (cadangan) tidak merujuk kepada pembentukan sebuah kerajaan baharu, tetapi kerajaan PN yang insya-Allah jika ada sokongan daripada ahli-ahli parlimen yang lain termasuk ahli parlimen pembangkang, maka ia menjadi sebuah kerajaan yang mendapat dukungan daripada sebahagian ahli parlimen pembangkang, juga dalam isu-isu tertentu, isu-isu yang fundamental," katanya dalam program Soal Rakyat terbitan TV3 semalam.
Menurut Saifuddin, tindakan kerajaan PN untuk berunding dengan pimpinan parti di luar kerajaan ialah bagi mewujudkan kerjasama bipartisan demi kestabilan negara, serta memastikan kerajaan dapat terus berfungsi ketika pandemik COVID-19, serta menunjukkan politik lebih matang dan inklusif.
Beliau berkata, tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang dikemukakan kerajaan itu kepada Ahli Parlimen, terutamanya pembangkang adalah satu mercu tanda politik dalam perkembangan politik Malaysia.
Pada masa sama Saifuddin berkata, jika semua Ahli Parlimen berlapang dada tanpa memikirkan untuk menjatuhkan individu lain, terdapat banyak ruang supaya cadangan tersebut dapat dilaksanakan.
"Soal kerajaan minoriti yang ada persefahaman dengan pembangkang ini bukan perkara baharu, hari ini pun ada lebih kurang 10 atau 12 negara lain di dunia, yang mempunyai persefahaman sedemikian rupa.
"Dalam tujuh perkara persefahaman itu, saya lihat ia sangat baik, sebahagian besarnya itu perkara-perkara yang sudah dibicarakan sejak beberapa tahun lalu, baik oleh parti-parti politik atau masyarakat sivil," katanya sambil menambah beliau secara peribadi sangat gembira dengan kesemua tujuh cadangan itu.
Menurut Saifuddin, politik di Malaysia terlalu serius yang mengakibatkan masyarakat mahupun keluarga masing-masing begaduh, akibat perbezaan pendapat.
"Politik di Malaysia terlalu tajam, bezanya terlalu tajam sehingga menghiris, membawa luka yang besar sampai adik-beradik boleh berkelahi, satu kampung berpecah. Jadi sudah sampai seruan untuk politik bipartisan," katanya.
Pada Jumaat, kerajaan mengemukakan tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Muhyiddin berkata pihaknya akan menjemput semua pimpinan parti politik dari luar PN untuk berbincang mengenai cadangan itu minggu hadapan, dan beliau sedia mendengar pandangan semua pemimpin politik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021

Saifuddin berkata, tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang dikemukakan kerajaan itu kepada Ahli Parlimen, terutamanya pembangkang adalah satu mercu tanda politik dalam perkembangan politik Malaysia. - Gambar fail BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.