TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk Mat Zaki Md Zain daripada pertuduhan bersubahat membunuh dan tujuh yang lain daripada pertuduhan membunuh seorang pemandu e-hailing.
Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan kes terhadap kesemua tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.
"Berdasarkan keputusan pihak pendakwaan, saya memerintahkan kesemua lapan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. Kesemua baki tarikh perbicaraan dilapangkan," kata hakim itu.
Terdahulu, Khairul Azreem memaklumkan kepada mahkamah untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap kelapan-lapan tertuduh selepas mendengar keterangan saksi utama pendakwaan, Nurimah Juli, yang mengaku dia membunuh Nurman Bakaratu yang juga bekas suaminya di dalam kereta Myvi putih dinaiki mereka ketika berhenti di sebuah ladang kelapa sawit pada 13 Jan 2023.
Kesemua tertuduh ialah Mat Zaki, 59, enam anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan seorang orang awam Vivien Fabian, 34.
Berikutan keterangan saksi pendakwaan ke-23 itu, peguam Datuk Ansari Abdullah, yang mewakili Rosdi memohon agar anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.
"Anak guam saya telah ditahan cukup setahun di penjara selain seramai 23 saksi pendakwaan telah memberi keterangan sejak 2 Jan lepas," kata peguam itu.
Peguam Datuk Ram Singh, mewakili Mat Zaki, John, Vivian, Khairul Azman dan Mohd Azlan turut memohon mahkamah memberi pembebasan sepenuh terhadap kelima-lima anak guamnya.
Peguam Luke Ressa Balang, yang mewakili Denis dan peguam Mohamad Zairi Zainal Abidin mewakili Fabian juga memohon agar mahkamah membebaskan anak guam masing-masing.
Enam anggota polis dan seorang awam didakwa membunuh Nurman Bakaratu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, pula didakwa atas dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Pada 30 Jan tahun lepas, Nurima, 33, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Nurman.
Bagaimanapun pada 8 Feb 2023, mahkamah sama membebaskan wanita itu daripada pertuduhan membunuh dan menjadi saksi pendakwaan dalam kes ini.
Pada 8 Feb lepas, Mat Zaki bersama-sama Rosdi, Denis, Fabian, Khairul Azman, Mohd Azlan serta Vivien dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.
John Kennedy pula, pada awalnya adalah saksi kes pendakwaan namun pada 11 April 2023, dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini bagi pertuduhan membunuh bersama enam lelaki itu.
Selepas mahkamah membuat keputusan, kelihatan ahli keluarga tertuduh yang berada di galeri awam terus meluru dan memeluk mereka serta menangis.
Di luar bilik mahkamah pula ahli keluarga tertuduh lain turut menangis selepas mendengar keputusan berpihak kepada tertuduh.
Sementara itu, Mat Zaki yang ditemui Bernama menganggap keputusan hari ini bukti kuasa Tuhan yang adil.
"Saya bersyukur dan terima kasih pada keluarga, kepada Komander ESSCOM Victor Sanjos dari segi kebajikan kami dan sebagainya, serta semua yang menyokong kami, keluarga kami sepanjang kami di penjara, Tuhan menunjukkan hari ini, belum peguam buat pemeriksaan balas dia sendiri mengaku.
Tepat setahun dipenjara dan tahun terakhir persaraan saya dalam masa 14 hari, terbuka kebenarannya... hari ini merupakan genap setahun selepas ditangkap pada 25 Jan tahun lepas dan dibebaskan pada tarikh sama tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024

Mahkamah Tinggi Tawau melepas dan membebaskan bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM SAC Datuk Mat Zaki Md Zain daripada pertuduhan bersubahat membunuh dan tujuh yang lain daripada pertuduhan membunuh seorang pemandu e-hailing. - Gambar fail/BERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.

Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.

Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.

Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.

Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.

Gara-gara cemburu, ibu dua anak dibunuh, disumbat dalam bagasi merah
Antok, yang mengaku sebagai "suami siri" Uswatun, didakwa membunuh dan memutilasi mangsa kerana cemburu dan sakit hati setelah menuduh mangsa membawa lelaki lain ke kediamannya.

Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.

Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.