KUALA LUMPUR: Tujuh jalan sekitar Batu Caves, Selangor ditutup bermula 10 malam ini hingga Sabtu sempena sambutan Thaipusam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas susulan dua juta pengunjung dijangka mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves sepanjang tempoh perayaan itu.
Beliau berkata laluan itu melibatkan simpang tiga Jalan Bunga Raya menghala ke Jalan Batu Caves, lampu isyarat Jalan Stesen (Pintasan Batu Caves), susur dari arah bulatan Batu Caves (MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves dan susur dari arah Gombak (MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves.
Selain itu, simpang tiga Jalan SBC8 / Jalan Lama Batu Caves, Jalan Perusahaan menghala ke kuil Batu Caves dan simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves menghala keluar ke MRR2.
"Pengunjung dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif (menghala ke Batu Caves) selain meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan.
"Orang ramai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan awam susulan tambang percuma Rapid KL dan tren komuter bermula 24 hingga 25 Jan ini seperti diumumkan kerajaan," katanya pada sidang media khas di Batu Caves hari ini.
Hussein berkata 1,600 pegawai dan anggota ditugaskan bagi memastikan kelancaran sambutan serta keselamatan orang ramai, selain beberapa pusat kawalan statik disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan perkhidmatan dan membuat laporan polis.
Dalam pada itu, menurut Hussein penggunaan dron di kawasan kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves ketika tempoh sambutan Thaipusam oleh mana-mana pihak adalah dilarang sama sekali.
"Anggota polis akan berada di tempat yang dijadualkan dan memantau keadaan dari semasa ke semasa...sebarang aktiviti yang menghalang lalu lintas atau mengadakan perhimpunan yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Hussein berkata ia dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas susulan dua juta pengunjung dijangka mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves sepanjang tempoh perayaan itu. - Gambar Bernama

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Sektor angkasa: Malaysia bekerjasama, tak bersaing dengan negara jiran ASEAN
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia, sebaliknya bekerjasama dengan negara anggota mengenai kepentingan dan hala tuju sektor tersebut.
Pemukiman menteri ekonomi beri tumpuan cabaran geopolitik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini memandangkan perkara tersebut membawa cabaran besar kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Lima cabaran daya huni bandar di Malaysia
Cara pengurusan urbanisasi hari ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap daya huni bandar dan kelestarian planet.

Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.

PIL1 kunci pertumbuhan mampan, ketersambungan Pulau Pinang - Exco
PIL1 merupakan projek infrastruktur penting yang bertujuan menyokong matlamat perancangan bandar jangka panjang Pulau Pinang dan meningkatkan ketersambungan di seluruh pulau.

Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.

New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan
Sebanyak AS$9 (RM40.60) dikenakan ke atas pemandu di New York yang ingin memasuki Manhattan untuk tangani masalah kesesakan lalu lintas.

Syarikat bas ekspres wajib sedia pemandu kedua, patuhi undang-undang - Hasbi
JPJ diingatkan supaya memastikan pemandu bas berwaspada setiap masa dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Greece lancar kereta api bawah tanah Thessaloniki selepas 38 tahun pembinaan
Laluan yang baru dirasmikan itu adalah sepanjang 9.6 kilometer dan mempunyai 13 stesen.