BATU PAHAT: Kolej kendalian Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bersedia untuk menjalankan pengajian dengan kaedah bersemuka sepenuhnya pada Julai depan sekiranya mendapat 'lampu hijau' daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Timbalan Presiden Akademik KPTM Abdul Azmi Abdul Aziz yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM berkata kira-kira 18,000 pelajar akan pulang ke tujuh kampus KPTM di seluruh negara antaranya Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) di Kuala Lumpur, KPTM Alor Star, KPTM Ipoh, KPTM Bangi, KPTM Kuantan, KPTM Batu Pahat dan KPTM Kota Bharu.
"Bagi semester hadapan (Julai) kita juga akan menerima kira-kira 7,800 pelajar baharu di kesemua kampus kita dengan menawarkan program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
"KUPTM dan KPTM kini menjalankan program pengajiannya secara dalam talian sepenuhnya semenjak penularan pandemik COVID-19 dan berharap pengajian secara bersemuka dapat dilakukan sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Majlis Tautan Kasih bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 KPTM Batu Pahat, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat KPTM Mohamed Saifuddin Hussin dan Timbalan Pengarah MARA (Pembangunan) Negeri Johor Wan Alwi Wan Bujang.
Sementara itu, Abdul Azmi berkata kira-kira 1,600 pelajar akan memulakan semester baharu pada Julai depan dengan pengkhususan empat program pengajian di KPTM Batu Pahat.
Katanya, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sekiranya proses pengajian dapat dijalankan secara bersemuka sepenuhnya, termasuk aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan dan sebagainya.
"Kita di KPTM juga telah merancang untuk mengadakan beberapa program yang melibatkan komuniti dan masyarakat dari pelbagai kaum menggunakan konsep Keluarga Malaysia.
"Bukan sahaja untuk menuntut ilmu, tetapi di KPTM, setiap pelajar akan diterapkan dengan semangat sukarela, sebagai contohnya di KPTM Batu Pahat ini setiap pelajarnya digalakkan untuk menyertai Southern Volunteers (SV) yang diwujudkan kerajaan Johor yang bertujuan menyertai aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022

KUPTM dan KPTM kini menjalankan program pengajiannya secara dalam talian sepenuhnya semenjak penularan pandemik COVID-19 dan berharap pengajian secara bersemuka dapat dilakukan sepenuhnya. - linkedin / Kolej Universiti Poly-Tech MARA
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

KPTM lancar aplikasi 'KPTM Pocket' bantu kemasukan pelajar, aduan buli
KPTM melancarkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai 'KPTM Pocket' bagi membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat maklumat dan rujukan untuk menyambung pengajian di KPTM.

Yayasan RHB terus komited taja pelajar keluarga B40
RHB Banking Group (RHB) menerusi Yayasan RHB terus komited menaja pelajar dalam kalangan keluarga B40 melalui program Biasiswa RHB X-Cel Star.

Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.

MARA longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40
MARA akan melonggarkan syarat penajaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan pelajar luar bandar bagi menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bermula tahun depan.