KUALA LUMPUR: Tujuh kilang dan satu stor simpanan barangan musnah manakala dua lagi rosak teruk dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Budiman, Cheras di sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi itu tidak melibatkan mangsa.
"Pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.15 pagi dan pasukan pertama sampai ke lokasi kejadian 23 minit kemudian.
"Seramai 48 anggota bersama 10 jentera dan empat lori tangki air bersama sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, BBP Serdang, BBP Pandan, BBP Kajang, BBP Bangi, BBP Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Cyberjaya dikerahkan ke lokasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya kebakaran bermula daripada empat kilang di kawasan berkenaan yang kemudian merebak ke kilang lain yang terletak berhampiran.
"Api merebak dengan pantas berikutan pengubahsuaian kilang dan kedudukan yang rapat, kilang-kilang yang terlibat juga padat dengan bahan yang mudah terbakar," katanya.
Wan Md Razali berkata lapan premis yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu adalah sebuah stor simpanan barang acara dan tujuh kilang melibatkan kilang barang plastik, kilang model rumah, kilang tembakau, kilang membuat perabot dan tilam, kilang audio kereta dan kilang makanan kucing.
Katanya api dapat dikawal pada 4.37 pagi tadi dengan kerja-kerja memadam api di lokasi masih berjalan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi itu tidak melibatkan mangsa. - Foto Facebook/Zainal Abidin
Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu
Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.
Rumah didiami lapan beranak musnah dijilat api
Ahli keluarga menanggung kerugian sebanyak RM100,000 termasuk kenderaan yang rosak dijilat api.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Kebakaran di selatan California terkawal sepenuhnya selepas 24 hari
Kebakaran Palisades bermula di Pacific Palisades, timur Malibu, sebelum merebak dengan pantas.
Kuarters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Rumah kuarters tersebut yang musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
24 motosikal musnah, bengkel terbakar
Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.
28 individu ditahan berhubung kebakaran di pusat peranginan ski - Erdogan
Erdogan berkata pihak pengurusan pusat peranginan itu tidak mengambil kira risiko kebakaran.
Jumlah kerugian akibat kebakaran di Melaka berkurang tahun lepas
Nilai kerugian akibat kebakaran di Melaka sepanjang tahun lepas mencatatkan penurunan kepada RM25.7 juta.
12 buah motosikal musnah terbakar di Parit
Kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.