KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa terdapat tujuh hingga lapan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) akan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan tidak lama lagi.
Beliau yang pada 28 Nov lalu mengisytiharkan sokongan kepada sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua Ahli Parlimen PN itu daripada beberapa negeri yang sememangnya dari kawasan majoriti Melayu.
"Dulu saya kata ada lima hingga enam orang, tetapi sekarang ada tujuh hingga lapan orang. Tunggu masa dan lihat saja. Akan ada pengumuman daripada mereka yang akan menyokong Kerajaan MADANI.
"Sekarang saya tidak boleh cakap lagi. Ada yang berhubung dengan saya dan ada juga yang berhubung melalui orang lain," katanya pada satu sidang media di Puchong, hari ini.
Sementara itu, Syed Abu Hussin Hafiz turut mengesahkan beliau telah menerima peruntukan selepas pengisytiharan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut berharap pengisytiharan itu juga akan memberikan kelebihan untuk meluluskan beberapa lagi permohonan untuk pembangunan kawasan Parlimen Bukit Gantang.
"Permohonan saya sudah buat. Malah, setiap permohonan saya buat di Parlimen. Dan saya sedang follow up permohonan pertama saya, íaitu sekolah menengah khas (RM70 juta), telah pun diluluskan, bergantung kepada proses tender.
"Beberapa jalan utama telah pun diperbaiki dan Menteri Kerja Raya pun bersetuju untuk melihat sendiri keadaan di jalan raya kawasan saya. Begitu juga dengan masalah banjir, kementerian juga bersetuju melihat sejauh mana boleh dipanjangkan, khususnya kerana kawasan saya ini di pinggir bandar.
"Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa, baru-baru ini, (diterajui) Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) juga mempertimbangkan permohonan-permohonan yang telah saya kemukakan.
"Iaitu untuk menyelesaikan masalah jalan-jalan desa dan jalan kampung serta lampu-lampu jalan untuk membangunkan kawasan Parlimen Bukit Gantang," ujarnya.
Ditanya sama ada beliau telah diambil tindakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas mengisytiharkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, Syed Abu Hussin Hafiz berkata, masih tiada sebarang tindakan.
"Saya masih lagi ahli parti dan belum pun apa-apa tindakan dibuat. Pertama, saya tidak langgar peraturan parti kerana di dalam perlembagaan parti tidak melarang untuk sokongan dibuat.
"Cuma, mungkin kepimpinan akan membawa ke Jawatankuasa Disiplin untuk memutuskan apa bentuk tindakan yang boleh diambil. Saya bersedia," ujarnya.
Beliau turut menegaskan tidak akan mengambil keputusan untuk keluar daripada Bersatu mahupun meletakkan sebarang jawatan yang disandangnya.
Afiezy Azaman
Mon Dec 11 2023
![7-8 lagi Ahli Parlimen PN akan isytihar sokong Kerajaan MADANI - Syed Abu Hussin 7-8 lagi Ahli Parlimen PN akan isytihar sokong Kerajaan MADANI - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702267540_SyedAbuHussin.jpg)
Syed Abu Hussin Hafiz turut menegaskan tidak akan mengambil keputusan untuk keluar daripada Bersatu atau meletakkan sebarang jawatan yang disandangnya ketika ini. - Foto Sinar Harian
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AirBorneo tetap terima subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan kepada Air Borneo, sama seperti MASWings sebelum ini.
Pengambilalihan muktamad, MASWings bakal dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangaan Sarawak yang diambil alih daripada MASWings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
ASEAN 2025 | 12 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Speaker belum terima notis Bersatu berhubung keputusan enam kerusi Parlimen Speaker belum terima notis Bersatu berhubung keputusan enam kerusi Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722851800_TanSriJohariAbdul.jpg)
Speaker belum terima notis Bersatu berhubung keputusan enam kerusi Parlimen
Yang Dipertua Dewan Rakyat belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung keputusannya menyatakan tidak berlaku kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen.
![123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta 123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720858838_tbBersatu.jpg)
123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengeluarkan senarai nama 123 ahli yang melanggar Fasal 10 perlembagaan parti tersebut.
![Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720597062_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan menolak permohonan parti itu supaya kerusi enam Ahli Parlimen terbabit dikosongkan.
![MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719741420_DrZulkafperiHanaf.jpg)
MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi
Datuk Zulkafperi Hanafi tidak berganjak untuk terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![MP Bersatu sokong PM: 'Tak perlu PRK, buang masa, membazir' - Syed Abu Hussin MP Bersatu sokong PM: 'Tak perlu PRK, buang masa, membazir' - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719732036_SyedAbuHussin.jpg)
MP Bersatu sokong PM: 'Tak perlu PRK, buang masa, membazir' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin berkata, PRK hanya akan membuang masa kerana ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang ada ketika ini.
![Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719212845_WanSaifulWanJan.jpg)
Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM
Wan Saiful mendedahkan butiran perbualan WhatsApp dengan individu yang didakwa ejen atau orang tengah, bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716014324_SyedAbuHussinHafi.jpg)
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
![Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM masih kekal MP - Johari Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM masih kekal MP - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM masih kekal MP - Johari
Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713522647_TBAnwarIbrahim.jpg)
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan pembangkang kononnya Ahli Parlimen mereka dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
![MP Tanjong Karang terima peruntukan lebih RM200,000 selepas sokong PM MP Tanjong Karang terima peruntukan lebih RM200,000 selepas sokong PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712557059_TBMPTanjongKaran.jpg)
MP Tanjong Karang terima peruntukan lebih RM200,000 selepas sokong PM
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi mengakui sudah membelanjakan lebih RM200,000 peruntukan kerajaan setelah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.