PADANG TERAP: Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berjaya mematahkan cubaan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar menyeludup masuk ke Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Rabu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia, kesemua PATI berkenaan ditahan kira-kira jam 1.25 petang di laluan balak, sektor Op Benteng, kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.
Katanya, ketika kejadian, sub unit yang melakukan rondaan di laluan balak sempadan Malaysia-Thailand bertembung dengan tujuh orang awam yang sedang berjalan di laluan denai bukit.
"Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat perempuan kemudiannya ditahan untuk pemeriksaan dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak memiliki kad pengenalan Malaysia dan disyaki sebagai PATI.
"Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 39 tahun seterusnya ditahan dan dibawa ke Kem Sahara untuk siasatan lanjut.
"Kami turut membuat rampasan bernilai RM3,200 yang terdiri daripada telefon bimbit, barang kemas, serta mata wang Malaysia, Myanmar dan Thailand," katanya.
Menurutnya, kesemua PATI berkenaan seterusnya dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Dec 16 2021

Tujuh PATI berusia antara 17 hingga 39 tahun ditahan di laluan balak, sektor Op Benteng, kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap

Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara lapan tahun terhadap empat warga Indonesia
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan tahun terhadap empat warga Indonesia yang didapati bersalah kerana membawa masuk 29 pendatang asing ke dalam negara secara haram tahun lepas.

Kadar jenayah di perairan negara tunjuk trend penurunan - Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan kadar jenayah di kawasan perairan negara menunjukkan trend penurunan yang memberangsangkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 November 2024.

Imigresen Kelantan tahan 13 pendatang asing
Sebanyak 13 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan selama dua hari di Kuala Krai dan Kota Bharu berakhir semalam.

Lelaki Singapura, Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Imigresen
Seorang lelaki Singapura dan seorang lelaki Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Johor dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini serta Muar pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.

49 ditahan proses sisa elektronik secara haram, aset RM41.6 juta disita
Dalam operasi bersepadu tersebut, pasukan serbuan telah melakukan pemeriksaan terhadap enam buah premis yang memproses barang logam, plastik dan e-waste.

Leka layan pelanggan, 12 GRO warga Vietnam antara 33 ditahan Imigresen
Mereka ditahan dalam serbuan di tiga premis iaitu pusat hiburan, restoran dan perniagaan menerusi Ops Gegar, Ops Selera dan Ops Minyak.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Julai 2024.