JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur tujuh pusat urut dan dandan yang menggajikan pekerja asing di sekitar bandar raya ini Ahad lepas yang didakwa mampu meraih pendapatan hingga RM4.2 juta sebulan.
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata dalam Op Gegar dan Op Dandan yang dijalankan, sebanyak 66 warga asing berserta seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun dan seorang wanita warga Vietnam berumur 32 tahun dipercayai penjaga premis, turut ditahan.
Beliau berkata dalam operasi pukul 3.20 petang itu, pihaknya menahan 14 warga Indonesia, Vietnam (16), Myanmar (34) dan masing-masing seorang warga Filipina dan Pakistan, berumur dalam lingkungan 19 hingga 42 tahun.
"Premis-premis ini dipercayai telah beroperasi lebih satu tahun dan mampu menjana pendapatan kira-kira RM140,000 sehari dan boleh mencecah hingga RM4.2 juta sebulan.
"Warga asing yang bekerja di premis ini telah dibayar gaji antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan oleh majikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ruslin berkata hasil semakan awal mendapati kesemua warga asing terbabit menggunakan kemudahan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dimiliki untuk bekerja dengan majikan atau syarikat lain di negara ini, selain ada yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah.
Mengulas lanjut, pihaknya turut merampas kunci premis, enam pasport Vietnam, 19 helai tuala, tujuh set peralatan mengurut, dua set peralatan perawatan kuku, sebuah telefon pintar jenama Samsung, beberapa buku rekod pelanggan dan wang tunai berjumlah RM844.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta ditahan di Depot Imigresen Setia Tropika di sini.
"Penjaga premis iaitu lelaki tempatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 sementara wanita warga Vietnam pula ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 dan Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," kata beliau.
Selain itu, katanya sebanyak 13 notis hadir ke pejabat turut dikeluarkan, antaranya kepada pelanggan premis berkenaan untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Dalam Op Gegar dan Op Dandan yang dijalankan, sebanyak 66 warga asing berserta seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam dipercayai penjaga premis, turut ditahan. - Gambar fail/Bernama

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.

Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan kod QR di tahap tinggi - JIM
Aspek keselamatan data pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi mengelak kecurian data.

Kod QR KLIA: Pengembara warganegara Malaysia perlu muat turun aplikasi MyBorderPass
Sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR dilancarkan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2 untuk mengurangkan kesesakan.

Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari pelbagai negara, berumur 14 hingga 65 tahun.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.