Enam rumah dan sebuah markas PAS di Kampung Paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal di sini, rosak akibat ribut kencang pada Rabu.
Seorang mangsa Mohd Azman Jamal, 42, berkata semasa kejadian kira-kira 6.30 petang itu, beliau baru sampai ke rumah setelah keluar membeli barangan bersama isteri manakala dua anak perempuannya berada di bahagian ruang tamu.
"Semasa itu, memang hujan lebat dan angin kuat, bila masuk ke dalam rumah tiba-tiba dengar bunyi dentuman kuat di bahagian dapur dan saya terus meluru untuk tengok. Sebahagian bumbung rumah kami diterbangkan angin kuat manakala selebihnya runtuh di bahagian dapur.
"Air hujan masuk ke bahagian dapur dan saya suruh isteri serta anak-anak keluar dari rumah kerana bimbang ada bahagian lain yang dibawa angin atau runtuh. Dua rumah jiran saya turut rosak di bahagian hadapan dan ruang tamu kerana ribut," katanya di sini.
Mohd Azman berkata malam tadi, mereka sekeluarga menumpang di rumah ibu mertuanya di Bertam.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin ketika dihubungi Bernama berkata beliau mengunjungi rumah mangsa ribut dan dua daripada enam keluarga terlibat menumpang di rumah anggota keluarga masing-masing kerana keadaan kediaman mereka rosak agak teruk.
"Saya juga mengarahkan supaya tindakan segera diambil bagi membaiki rumah penduduk yang rosak dalam kejadian itu pada Khamis dan ia akan dibiayai menerusi peruntukan Anggota Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican," katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata selain rumah dan markas PAS itu yang rosak, beberapa pokok di kawasan terlibat juga tumbang serta patah sehingga menghalang lalu lintas di situ.
Beliau berkata pihak polis bersama beberapa agensi kerajaan lain berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018

Enam rumah dan sebuah markas PAS di Pinang Tunggal rosak akibat ribut kencang pada Rabu. - Gambar hiasan
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Pelbagai pihak bantu ringankan beban mangsa banjir di Sarawak
Selain NGO, beberapa syarikat swasta turut turun padang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu meningkat pagi ini
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu pagi ini semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di PPS.

Banjir termenung: Mangsa di Johor kekal 36 orang
Situasi banjir di Johor tidak berubah dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah PPS pagi ini.

Banjir di Pahang pulih sepenuhnya, mangsa di Johor kekal 36 orang
Di Pahang, PPS terakhir iaitu Balai Raya Kampung Baru Pertanian di daerah Maran ditutup 12.30 tengah hari tadi.

Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.

Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.

Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Seramai 433 mangsa daripada 123 keluarga kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.

Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat
Setakat jam 6 pagi Rabu, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.

Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan
1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.