Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin menahan seorang timbalan pengurus besar sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengarah projek kerana disyaki telah menyalahgunakan kuasa.
Kedua-duanya dipercayai telah meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor untuk melayakkan mereka menerima bayaran penuh daripada tuntutan bulanan bagi kerja-kerja penyelenggaraan landskap.
Timbalan pengurus besar berusia 44 tahun dan pengarah projek berusia 55 tahun tersebut masing-masing ditahan antara jam 3 petang dan 4 petang di SPRM Johor.
Turut ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut ialah seorang wanita yang merupakan pembantu peribadi kepada timbalan pengurus besar berkenaan yang berusia 34 tahun di lokasi sama.
Hasil siasatan SPRM mendapati, timbalan pengurus besar dan pengarah projek tersebut secara langsung akan memastikan kontrak landskap bawah seliaan mereka dianugerahkan kepada lapan buah syarikat melalui tiga peringkat iaitu E-Bidding, One Off Contract dan Maintainance yang berjumlah kira-kira RM44 juta.
Difahamkan, timbalan pengurus besar tersebut akan mengarahkan eksekutif syarikat itu untuk memberi markah sebanyak 80 peratus kepada syarikat kontraktor yang bertanggungjawab atas kerja-kerja penyelenggaraan landskap supaya mereka menerima bayaran penuh daripada tuntutan bulanan yang dikemukakan.
Manakala pengarah projek yang mempunyai bidang kuasa untuk melantik kontraktor, pembekal dan jururunding, selain meluluskan pembayaran, juga akan meluluskan tuntutan yang dikemukakan oleh kontraktor-kontrator berkenaan supaya mereka menerima bayaran penuh seperti yang dinyatakan dalam kontrak.
Menerusi maklumat awal yang diperolehi oleh pasukan penyiasat, terdapat bayaran yang mencurigakan berjumlah melebihi RM2.4 juta telah dimasukkan ke akaun bank milik timbalan pengurus syarikat dan isterinya, daripada lapan buah syarikat kontraktor berkenaan, melalui empat orang proksi.
Selain itu, pasukan penyiasat juga telah menahan menahan empat orang proksi terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan yang berlaku antara tahun 2013 dan 2017.
Keempat-empat proksi tersebut masing-masing ditahan antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM, Shah Alam, Klang dan Melaka.
Pasukan penyiasat juga telah menyita 15 akaun milik tmbalan pengurus besar tersebut dan syarikat kontraktor bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pasukan penyiasat telah pergi ke beberapa lokasi termasuk syarikat kontraktor untuk mengambil dokumen-dokumen berkenaan dengan siasatan.
“Kita akan meneliti kesemua dokumen yang dirampas untuk mengenal pasti sama ada wujudnya elemen rasuah dan salah guna kuasa,” kata beliau ketika dihubungi.
Kesemua suspek tersebut dijangka akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Hilal Azmi
Mon Feb 05 2018
![Tujuh termasuk pegawai syarikat disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa ditahan SPRM Tujuh termasuk pegawai syarikat disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508393320_SPRMlogo.jpg)
Turut ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut ialah seorang wanita yang merupakan pembantu peribadi kepada timbalan pengurus besar berkenaan yang berusia 34 tahun. - Gambar fail
Kriteria PPKM: Kekuatan kewangan kukuh, dengan modal RM10 juta
Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM10 juta, berstatus Sdn Bhd dan pemilikan tempatan antara kriteria utama pelantikan PPKM. #AWANInews
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Op Sky: Tiga selebriti dirakam keterangan, SPRM fokus lengkapkan siasatan Op Sky: Tiga selebriti dirakam keterangan, SPRM fokus lengkapkan siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti dirakam keterangan, SPRM fokus lengkapkan siasatan
Tiga selebriti telah dirakam keterangan pada Khamis bagi siasatan lanjut berhubung Op Sky melibatkan pinjaman peribadi penjawat awam.
![Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835598_Tangkapan.jpg)
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
![Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738820144_AzamBaki.jpg)
Pindaan Akta 711 dijangka dibentang Mac atau April 2025 - Azam
Pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac atau April ini.
![Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738820144_AzamBaki.jpg)
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
![Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817940_TBAZAMBAKI.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
![Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731742624_tbAzamBaki.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
![Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733736593_tbAzamBaki.jpg)
Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
![SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737458442_AzamBaki.jpg)
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
![SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737098566_AzamBaki.jpg)
SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.
![Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737098566_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.