KOTA BHARU: Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki pada 16 Mei lepas.
Mohamad Altaf Isyraf Zazlan, 21, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.
Lelaki itu bersama-sama tiga individu lain yang masih bebas, didakwa melakukan kesalahan itu dengan mendatangkan ketakutan kepada Muhammad Safuan Hariss Ibrahim, 26, serta merampas sebuah motosikal jenama Yamaha, tiga unit telefon bimbit dan satu kerongsang emas milik ibu mangsa, di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian pada jam 11 pagi, 16 Mei.
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan tidak menawarkan sebarang wang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan serius menggunakan senjata, sementara peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar yang mewakili Mohamad Altaf memohon supaya membenarkan anak guamnya diberikan ikat jamin paling minima.
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin kemudiannya membenarkan lelaki itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jun untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Mohamad Altaf memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. - Foto Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tukang gunting rambut didakwa tipu wanita dapatkan pekerjaan sebagai pramugari
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalahatas pertuduhan memperdayakan seorang wanita dalam mendapatkan pekerjaan pramugari.

Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting yang membunuh seorang bayi perempuan dikenali 'Zara'.

Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.

Lelaki didakwa pukul ibu guna tukul besi bebas tuduhan bunuh
ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata tukang gunting rambut berumur 33 tahun itu bagaimanapun ditahan semula atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Tular kes gangguan seksual, polis cari tukang gunting warga India
Lelaki itu yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Manjoi dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian.

Tukang gunting rambut putus tangan, maut kemalangan
Mangsa cedera parah di kepala dan badan sebelah kanan selain tangan kanan terputus dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tukang gunting ditahan, cuba culik wanita dan anak
Polis menahan seorang tukang gunting rambut kerana dipercayai cuba menculik seorang kerani wanita dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika, semalam.

Belajar guna YouTube, lelaki OKU kini buka kedai gunting rambut
Seorang OKU masalah pendengaran dan bisu tidak pernah berputus asa mencari rezeki sebagai tukang gunting rambut.