GERIK: Seorang tukang kebun Kolej Vokasional Gerik maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah pokok di Kilometer 1, Jalan Baru Kuala Rui, dekat sini, hari ini.
Dalam kemalangan jam 8.01 pagi itu, mangsa, Khairulsalam Mat Zain, 53, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Sentra dalam perjalanan dari arah Bersia ke Gerik.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di bahu jalan sebelah kanan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Sep 04 2021

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan. - Foto ihsan JBPM
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Tukang kebun buat laporan palsu disamun
Polis mengesan satu laporan palsu dibuat seorang tukang kebun yang mendakwa dirinya disamun oleh tiga lelaki di Genting Highlands, semalam.

Tukang kebun jumpa bom mortar
Sebutir bom mortar berkarat berukuran 60 milimeter ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Tersusun dekat Serkam Darat di sini hari ini.

Tukang kebun maut rempuh treler parkir di bahu jalan
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler itu diparkir menghala ke Cukai.

Tukang kebun didakwa bunuh jaga sekolah
Tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Faizal Asri.

Polis tahan tukang kebun, disyaki terlibat bunuh lelaki di pondok pengawal sekolah
Polis turut merampas senjata yang digunakan oleh suspek berumur 55 tahun itu.

Tukang kebun curi 'parcel' ditahan
Modus operandi suspek adalah menyasarkan bungkusan yang diletakkan di peti surat rumah.

Tukang kebun mengamuk guna sabit depan bangunan Mardi ditahan
Seorang tukang kebun sambilan yang mengamuk dengan menggunakan sebilah sabit di hadapan bangunan kerajaan di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, pada Khamis berjaya ditahan hari ini.

Rogol adik ipar, tukang kebun dihukum penjara 20 tahun, 20 sebatan
Tertuduh didakwa merogol adik iparnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemasik kira-kira jam 9.30 pagi pada 21 September lalu.

Tukang kebun maut, kereta terbabas langgar pokok
Seorang tukang kebun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah pokok di Kilometer 1, Jalan Baru Kuala Rui, Gerik.

Cabul warga emas, tukang kebun dihukum penjara 10 tahun
Seorang tukang kebun sambilan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah mencabul seorang warga emas.