SUNGAI PETANI: Seorang tukang kebun meninggal dunia selepas selesai solat Subuh di Masjid Nurul Hasanah, Bukit Kechil, Simpor, di sini kira-kira jam 7 pagi, pada Jumaat.
Mangsa, Abdul Wahab Mat Noh, 54, bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Darulaman, Bukit Kechil dikatakan sedang membaca Al-Quran di bahagian belakang ruang solat sebelum tiba-tiba rebah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebaik menyedari kejadian, kakitangan masjid menghubungi ambulans untuk bantuan.
Menurutnya, kakitangan hospital yang tiba kemudian membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
"Pemeriksaan badan ke atas mangsa bagaimanapun tidak menjumpai sebarang kesan luka atau lebam serta disyaki tiada kaitan unsur jenayah," katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, maklumat dari keluarga memberitahu, mangsa menghidap penyakit darah tinggi dan bergantung pada ubat yang dibeli dari farmasi.
Berdasarkan laporan awal, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kechil, Tikam Batu selepas solat Isyak pada Jumaat.
Difahamkan, mangsa seorang yang sering mengunjungi masjid termasuk menunaikan solat subuh berjemaah hampir setiap hari.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 04 2022

Keluarga Abdul Wahab memberitahu, Allahyarham menghidap penyakit darah tinggi dan bergantung pada ubat yang dibeli dari farmasi. - Sinar Harian

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Tukang kebun meninggal dunia selepas baca Al-Quran
Abdul Wahab yang bertugas di SK Darulaman dikatakan sedang membaca Al-Quran di bahagian belakang ruang solat sebelum tiba-tiba rebah.