KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang tukang kimpal kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menerusi Twitter miliknya, Disember tahun lepas.
Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Masri Md Darus, 36, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Mohd Masri didakwa melakukan perbuatan itu menerusi aplikasi Twitter miliknya dengan menggunakan laman profil Twitter "@Muhammad65J" dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 8.21 pagi, 22 Dis 2022.
Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 5 petang, 3 Jan lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Ilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor hantaran yang dimuat naik tertuduh bersifat jelik dan bahasa digunakan adalah tidak sopan.
"Pendakwaan memohon hukuman setimpal agar memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, namun kepada masyarat juga agar lebih berhati-hati ketika memuat naik hantaran dalam media sosial," katanya.
Mohd Masri yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan tidak berkemampuan dan perlu menjaga ibu yang telah uzur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Mohd Masri Md Darus mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mula menjalani hukuman penjara hari ini. - Gambar/ Bernama

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

'Saya tak bermaksud hina institusi raja' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak berniat menghina institusi raja.

Ketibaan Sanusi di Alor Setar disambut lebih 1,000 penyokong
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) kira-kira jam 4.25 petang tadi.

"Pendakwaan di mahkamah bertujuan jejaskan peluang saya dalam PRN" - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mendakwa pendakwaan terhadapnya bertujuan menjejaskan peluang beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Hina Sultan: Ahli Dewan Diraja Selangor lapor polis, tuntut MB Kedah mohon maaf
Mereka juga menuntut Muhammad Sanusi membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dengan kadar segera.

Tukang kimpal dipenjara 6 bulan muat naik komunikasi jelik terhadap Sultan Perak
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang tukang kimpal kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Sultan Perak.

Pengecat kereta ditahan bantu siasatan kes hina Sultan Johor, TMJ - Ayob Khan
Seorang pekerja sambilan cat kereta ditahan selepas didakwa memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan institusi Diraja Johor di media sosial

Buruh dipenjara, denda RM8,000 kerana hina sultan di Facebook
Seorang buruh dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Temerloh di sini selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran jelek mengenai Sultan Pahang.

Hina Sultan: Pemuda Pas Terengganu buat laporan polis, gesa tindakan tegas
Ketua Pemuda Pas Terengganu, Nasir Abdul Razak berkata kenyataan wanita berkenaan adalah biadab dan sekali gus mengundang kemarahan rakyat.

Syefura dipanggil polis untuk diambil keterangan kes hina Sultan
Syefura dipanggil memberi keterangan pada jam 10 pagi esok dan ia disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.