KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar yang videonya tular kerana mencabul seorang wanita warga emas yang sedang mengutip kotak, di hadapan sebuah lot kedai di Taman Muda, Ampang di sini, minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.
Mohammad Jubair Musi Ullah, 23, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.
Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu itu didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 71 tahun itu untuk mencabul kehormatannya, pada 3.30 petang, 2 Ogos lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan memasukkan dadah jenis ketamin ke dalam badannya di tandas Pejabat Narkotik Ampang Jaya, Hulu Langat, dekat sini pada tarikh sama (2 Ogos).
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani memohon kepada mahkamah supaya tidak menawarkan sebarang jaminan dan mahkamah kemudian menetapkan 23 Okt ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Pada 4 Ogos lalu, tular satu video berdurasi 26 saat di media sosial menunjukkan seorang lelaki warga asing mencabul warga emas yang sedang mengutip kotak di hadapan sebuah lot kedai di Taman Muda Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam dalam kenyataan selepas itu memaklumkan lelaki yang mempunyai dua rekod lampau jenayah dadah telah diberkas pihak polis pada hari sama selepas ditahan oleh orang awam yang memberikan bantuan terhadap wanita itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

Tangkap layar video yang tular di media sosial. - Ihsan pembaca
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Anak tikam ibu sampai mati gara-gara sering dimarahi kerana masalah kewangan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam pada 5.49 petang, pada Selasa.

Dua individu menyamar polis samun warga Myanmar dipenjara setahun, tiga sebatan
Dua individu hari ini dihukum penjara setahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Myanmar dua bulan lepas.

Polis buru suami mangsa bunuh di Balik Pulau
Polis masih memburu seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai suami kepada wanita warga asing yang menjadi mangsa bunuh dalam kejadian di Flat Taman Indah, Batu Maung, di sini pada Rabu malam.

Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.

Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.

Mati dibunuh kerana hutang RM2,500
Akibat hutang RM2,500, seorang lelaki warga Myanmar dibunuh rakannya dalam kejadian di Kepong, di sini Selasa lalu.

Pekerja ladang warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang pekerja ladang warga Myanmar maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakannya di sebuah ladang tembikai di Kuala Ketil.

Berang pasang muzik kuat, lelaki kelar leher rakan
Seorang lelaki warga Myanmar diberkas selepas dipercayai mengelar leher rakannya menggunakan pisau pemotong sayur di sebuah asrama pekerja di Jalan Pantai Puteri, pada petang Khamis.