Pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg udara, Takata, digesa untuk berbuat demikian atau bakal berhadapan dengan tindakan senarai hitam.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan telah meminta syarikat kenderaan terbabit untuk menghantar surat peringatan akhir kepada pemilik kenderaan dalam tempoh dua minggu.
"Jika mereka masih tidak menghiraukan surat peringatan tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghantar notis untuk dipanggil memberi penjelasan dan bakal berdepan dengan tindakan senarai hitam," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Loke berkata sebanyak 408,551 pucuk surat peringatan telah dihantar kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dengan menelan belanja hampir RM1 juta sejak 26 Jun lalu.
"Namun setakat ini hanya 70,853 bilangan kenderaan atau kira-kira 17 peratus telah dihantar ke bengkel syarikat pengeluar dan selesai urusan penukaran beg udara," katanya.
Bagi pengeluar kenderaan lain termasuk BMW, Mitsubishi, Nissan dan Toyota yang masih gagal mendapatkan stok beg udara yang mencukupi, Loke berkata pihaknya memberi tempoh sehingga dua bulan untuk berbuat demikian.
"Mereka mengemukakan alasan seperti masalah pengangkutan termasuk masalah untuk mendapatkan stok dari Jepun, namun mereka menjangkakan kesemua stok akan sampai menjelang akhir November ini," katanya.
Mengenai perkhidmatan teksi motosikal, Dego Ride, Loke menegaskan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan perniagaan tersebut dijalankan di negara dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang menjalankan perkhidmatan berkenaan.
"Kita telah membuat keputusan di Parlimen, Dego Ride tidak akan dibenarkan atas faktor keselamatan memandangkan kes kemalangan yang tinggi membabitkan motosikal," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 19 2018

Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan telah meminta syarikat kenderaan terbabit untuk menghantar surat peringatan akhir kepada pemilik kenderaan. - Astro AWANI

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Tukar beg udara atau berdepan senarai hitam!
Pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg udara, Takata, digesa untuk berbuat demikian atau bakal berhadapan dengan tindakan senarai hitam.