TIADA jalan lain yang lebih beradab dilihat oleh Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez bagi menyelesaikan isu membabitkan penggunaan nama dan lagu kumpulan heavy metal terkenal XPDC.
Jelas Freddie yang menghubungi Astro AWANI pada Rabu, kumpulan yang menggunakan jenama kugiran tersebut perlu berlaku jujur dengan mengadakan perjumpaan dengan semua anggota XPDC Kita Pengyu dan Militia dan menyatakan hasrat untuk menyanyikan lagu-lagu mereka dalam sebarang persembahan.
"Dalam hal band yang menjadi polemik dengan dua lagi band XPDC yang diiktiraf, saya mencadangkan dua jalan penyelesaian.
"Langkah pertama ialah duduk semeja dengan dua lagi band asal, nyatakan hasrat ingin menjadi band tribute dan kedua-dua band adalah idola mereka. Jika diizinkan oleh empunya band asal, rasanya selesai," kata Freddie.
Mereka juga tidak boleh sama sekali menggunakan nama XPDC walau apa cara sekalipun melainkan sekadar band 'tribute' atau 'impersonator band' dan perkara ini harus dinyatakan dalam semua poster yang mengiklankan persembahan mereka, katanya lagi.
"Cara kedua adalah memilih nama lain yang betul agar tidak mengelirukan. Nama yang lebih humble terhadap band original kerana mereka hanyalah band tribute.
"Nama harus ditukar supaya tidak buat orang keliru. Nama 'Real' itu sendiri pun satu provokasi, seolah-olah dua kumpulan XPDC (Izo & Amy, Zua) adalah kurang 'Real'.
"Untuk mereka bertindak sebagai tribute band, haruslah ada etika menjunjung tinggi kumpulan idola mereka, bukan berkonflik sebegini," kata Freddie.
Tambah beliau, tiada alasan malu untuk menjadi band tribute kerana menurutnya ia satu perkara biasa yang berlaku di luar negara.
"Contohnya, band wanita The Iron Maidens, band yang memainkan kembali lagu-lagu kumpulan Iron Maiden walaupun di kala band Iron Maiden masih wujud.
"Saya difahamkan bahawa The Iron Maidens ada meminta kebenaran secara langsung dari band asal Iron Maiden.
"Tidak jadi masalah jika ingin jadi band tribute, asalkan secara berhemah dengan band asal," jelas Freddie.
Keperluan menukarkan nama band juga, bagi Freddie, adalah mandatori kerana senario semasa ini mampu menjejaskan nama baik XPDC itu sendiri, mengelirukan peminat, serta pastinya memberi impak yang tidak baik kepada pemilik asal.
Jelas Freddie, adalah tidak wajar sama sekali XPDC perlu menanggung kesan tidak baik dek perbuatan tidak bertanggungjawab sebuah band tiruan yang bergerak semata-mata ingin mencari keuntungan sendiri.
"Hati-hati juga dengan pelbagai pihak yang suka ambil kesempatan, menangguk di air keruh. Pemuzik akan tetap susah dan jadi wadah tunggangan.
"Saya tak ingin perkara ini berlaku kerana pernah jadi ahli muzik suatu waktu dahulu," tegas Freddie.
Beliau dalam pada itu berharap agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik dan secara muhibah.
"Saya faham realiti hidup sebagai pemuzik terutama dalam situasi sekarang. Saya amat gembira seandainya pemuzik semua boleh cari makan," katanya lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Feb 21 2024
FREDDIE: Nama juga harus ditukar supaya tidak buat orang keliru. Nama 'Real' itu sendiri pun satu provokasi, seolah-olah dua kumpulan XPDC (Izo & Amy, Zua) adalah kurang 'Real'. -Gambar fail/Bernama
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
XPDC gagal beraksi di UMK, sekretariat PESKOUMK'14 mohon maaf
Sekretariat PESKOUMK'14 berkata, kegagalan berbuat demikian dipercayai kerana salah faham berhubung isu permit hiburan.
Faktor cuaca punca Rock Warrior Music Festival ditangguhkan
Acara Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung 23 dan 24 Novemberi ini akan ditunda ke satu tarikh baharu sekitar Mei 2025.
Mintalah kebenaran Life Records dulu - XPDC Militia
Difahamkan, dua band sudah mendapat kebenaran syarikat rakaman Life Records selaku pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan XPDC.
'Tukar nama atau tubuh band tribute!' - Freddie Fernandez usul cadangan selesai kemelut XPDC
Pihak yang ingin meneruskan persembahan dengan lagu-lagu XPDC perlu mendapat keizinan dan restu sepenuhnya daripada kedua-dua kumpulan asal itu.
'Keterlaluan' - Freddie Fernandez komen kemelut babitkan kumpulan XPDC
Sebarang usaha untuk mewujudkan satu lagi kumpulan muzik dengan menggunakan nama dan genre yang sama hanya akan melahirkan versi tiruan yang merosakkan kualiti dan jenama.
Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'
Serangan strok tidak melemahkan semangat Ali yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
Album baharu XPDC nanti masih ada sentuhan terakhir arwah Mael - Ary
Prestasi Ary juga semakin hari semakin menunjukkan keterampilan dan mutu vokal yang memberangsangkan serta terbukti menerusi konsert-konsert yang diadakan.
XPDC bakal gegar MAEPS buat kali kedua
Namun, kali ini XPDC tidak berganding dengan Cromok tetapi dengan kumpulan Khalifah pada 7 Mei 2023.
Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia pada jam 12.04 tengah malam di Hospital Selayang selepas tiga hari dimasukkan ke hospital.
Selepas fasa berkurung, XPDC 'mengamuk' di Tawau, Pulau Pinang
SEBUT saja nama kumpulan XPDC pasti hampir semua peminat muzik rock tanah air kenal dan mengakui sudah lama tidak melihat kelibat empat anggotanya beraksi ligat di pentas.