KUALA LUMPUR: Pertukaran perdana menteri bukan satu jaminan angka COVID-19 akan berakhir, tegas Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.
Katanya, banyak faktor lain yang menentukan jumlah kes jangkitan pandemik, terutama kehadiran varian baharu kini yang sudah di luar kawalan banyak negara.
"Yang penting sekarang, semua pihak bekerjasama, bukan sahaja menyerahkan kepada perdana menteri, kerana perdana menteri sebenarnya bergantung kepada ahli Kabinetnya dan kakitangan kerajaan terutama yang berkaitan dengan kesihatan awam, termasuk menteri kesihatan dan ketua pengarah kesihatan.
"Jadi, paling penting bagaimana mereka melahirkan idea baharu, pendekatan yang lebih ampuh, dasar dan langkah yang lebih baik dengan keluar daripada kebiasaan yang telah diamalkan sebelum ini, yang mungkin dilihat lemah atau gagal," katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Hilang keabsahan, Muhyiddin perlu letak jawatan secara terhormat - Majlis Presiden PH
BACA: Ahli-ahli Parlimen BN umum kekal sokong PN, Muhyiddin demi agenda bela rakyat
Dalam pada itu kata Jeniri, kerajaan perlu bersikap lebih terbuka dengan menyertakan pakar dari luar, pihak industri, pembangkang dan ahli akademik dalam usaha menangani isu pandemik.
Jelasnya, kejayaan sesebuah negara dalam isu membendung COVID-19 bukan hanya bergantung kepada angka jangkitan tetapi juga pertumbuhan ekonomi, sektor dibuka serta peluang pekerjaan yang ditawarkan.
Pada Khamis, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan menegaskan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan secara terhormat selepas hilang keabsahan susulan tindakan UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau.
Jelas kenyataan itu, ini kerana, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebelum ini berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokongnya.
Jeniri berkata, kumpulan berkenaan mempunyai kepentingan politik semata-mata, selain menegaskan, hal ehwal negara, rakyat dan menangani pandemik seharusnya berada di hadapan berbanding isu lain.
Paling penting, tambahnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu berada di landasan betul selain memperbaiki langkah strategi menangani COVID-19 dan menjamin tidak timbul isu melibatkan kesusahan rakyat.
Astro Awani
Fri Jul 09 2021

Dalam menangani pandemik, perdana menteri bergantung kepada ahli Kabinet dan kakitangan kerajaan terutama yang berkaitan dengan kesihatan awam, kata Jeniri. - Gambar hiasan

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.