KOTA TINGGI: Pemandu van yang tular di laman sosial berikutan membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 59.7, Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) di sini, didapati memandu tanpa lesen yang sah.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian kira-kira pukul 2.55 petang semalam itu, dipercayai berlaku setelah van jenis Ford Econovan yang dipandu lelaki warga Myanmar berusia 33 tahun, membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan.
Katanya, tindakan itu telah menyebabkan kereta jenis Honda HRV yang dinaiki wanita berusia 29 tahun bersama anak perempuannya dari arah Senai ke Desaru tidak sempat mengelak, lalu melanggar sebelah kiri van terbabit.
"Akibat daripada kemalangan tersebut, kanak-kanak berusia dua tahun lebam di sebelah kiri mata dan calar di bahagian muka, manakala ibunya mengalami bengkak di mulut dan lebam di tangan kiri dan kanannya.
"Bagaimanapun, lelaki tersebut yang menuju ke Kilometer 60 lebuh raya berkenaan bagi menyambung kerja pemotongan rumput, tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hussin berkata kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan kenderaannya, manakala van tersebut mengalami kerosakan pada bahagian kirinya.
"Pemandu van telah diambil keterangan dan dikenakan dua saman, masing-masing RM300 yang mana, satu di bawah Peraturan 13 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) (kerana membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan) dan kedua, tiada lesen memandu," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Peraturan 13 LN 166 / 59.
Terdahulu, tular rakaman video kamera papan pemuka berdurasi kira-kira satu minit di laman sosial memaparkan sebuah van membuat pusingan haram, sekali gus mengakibatkan kemalangan serta turut disusuli bunyi tangisan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Terdahulu, tular rakaman video kamera papan pemuka berdurasi kira-kira satu minit memaparkan sebuah van membuat pusingan haram, sekali gus mengakibatkan kemalangan serta turut disusuli bunyi tangisan kanak-kanak. - Foto pembaca Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiada jawatan dalam Kabinet, Hadi pantau ahli laksana tugas
Beliau turut menjelaskan keputusan memilih Muhyiddin menjadi perdana menteri adalah untuk menghalang Pakatan Harapan membuat 'pusingan u' buat kali kedua berikutan sokongan yang sentiasa berubah-ubah.

Kembali ke PAC atas reformasi, bukan soal pusingan U - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar sekali lagi menegaskan keputusannya untuk kembali menyertai PAC adalah atas agenda reformasi kerajaan dan bukan soal 'pusingan U'.

Kajian holistik sebelum buat keputusan pengiktirafan UEC - Dr Maszlee
Meskipun terdapat cadangan untuk mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Cikgu Jaafar buat pusingan 'U', kembali ke pangkuan Amanah
Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Jaafar Samsuddin hari ini membuat pusingan 'U' apabila memutuskan untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan.

Pembangkang memang suka 'U-Turn' - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembangkang gemar membuat pusingan U selepas mengumumkan akan mengekalkan GST jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.

PAS Permatang Pauh buat 'pusingan U' sokong calon PKR
Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.