IPOH: Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang sebelum ini bertindak memuat naik status di laman Facebooknya mengenai kompaun RM10,000 yang diterima pihak ketiga, walhal perkara itu tidak berlaku telah memohon maaf kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima permohonan maaf Chee Heng yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’, melalui sepucuk surat pada 22 Mac lepas.
“Beliau (Uncle Kentang) menjelaskan menerima maklumat daripada ibu kepada individu yang mendakwa dirinya dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 dan berharap pihaknya dapat membantu namun hasil siasatan mendapati ia tidak benar.
“Individu berkenaan hanya cuba menipu ibunya dengan mengatakan dikenakan kompaun sebagai alasan untuk tidak mengirim wang,” katanya ketika ditemui pemberita pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-214 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Status yang dimuat naik Uncle Kentang menerusi Facebook ‘Kuan Chee Heng’ pada 14 Mac lepas itu turut dikongsikan laman sosial Facebook bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendapat perhatian ramai.
Dalam status tersebut, Chee Heng memuat naik kompaun pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan di Kampung Rapat di sini pada 14 Mac lepas.
Maklumat dalam status itu mendakwa seorang pembantu tukang masak dikenakan kompaun RM10,000 semasa keluar menerusi pintu belakang restoran berkenaan untuk menghisap rokok, dan dia tidak dapat mengirimkan wang kepada ibunya berikutan terpaksa berhutang dengan pihak restoran bagi membayar kompaun berkenaan selain gajinya turut dipotong untuk membayar hutang.
A. Asmadi menjelaskan siasatan oleh pihaknya juga mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dalam kalangan polis daerah Ipoh.
Bernama
Mon Mar 29 2021

Polis menerima permohonan maaf Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, melalui sepucuk surat pada 22 Mac lepas. - Gambar fail/Astro AWANI

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Tular isu kompaun RM10,000 tak benar, polis terima pemohonan maaf Uncle Kentang
Polis menerima permohonan maaf Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, melalui sepucuk surat pada 22 Mac lepas.

Pengemis hanya disiasat, tidak dikompaun RM10,000 - Polis
Kertas siasatan dibuka berhubung tangkapan terhadap sekumpulan wanita Palauh pada Sabtu lalu.

Pengunjung kelab malam, pesalah berulang boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000
Pengunjung kelab malam, individu yang dikuarantin dan mereka yang degil melakukan kesalahan berulang adalah yang akan dipertimbangkan untuk dikenakan kompaun maksimum sehingga RM10,000.