KAMPAR: Pihak penganjur yang dikatakan akan menganjurkan Pesta Songkran di Sahom di sini mengakui kekhilafan dalam menggunakan istilah perayaan tersebut, ujar Yang Dipertua Pas Kawasan Kampar, Mohd Sofian Rejab.
Menurutnya, isu yang tular sejak Isnin di platform media sosial itu mendapat perhatian daripada pihak penganjur iaitu Sahom Valley Resort.
Beliau berkata, penganjur juga menjelaskan bahawa pesta air tersebut bukanlah sebagaimana yang dilihat dalam perayaan Songkran masyarakat Siam tetapi hanya aktiviti air bagi para pengunjung.
"Susulan isu penganjuran Pesta Songkran di Sahom Valley Resort yang tular pada Isnin, Pas Kawasan Kampar telah melakukan kunjung hormat ke Sahom Valley Resort untuk mendengar penjelasan dan mendapatkan respon daripada pihak penganjur.
"Kehadiran disambut baik oleh pihak pengurusan Sahom Valley Resort. Dalam pertemuan yang berlangsung selama dua jam, Pas Kawasan Kampar menerangkan mengenai fatwa dan hukum Pesta Songkran kepada pihak pengurusan.
"Di samping melontarkan keluhan dan bantahan masyarakat setempat terhadap penganjuran program tersebut.
"Pihak penganjur mengakui kesilapan kerana menggunakan istilah 'Pesta Songkran' dalam hebahan dan promosi pesta air yang sensitif dan mengelirukan masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau menambah pihak Sahom Valley Resort akan menarik balik hebahan tersebut dan akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak dalam masa terdekat.
"Pas Kawasan Kampar juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyuarakan bantahan terhadap isu ini.
"Marilah sama-sama kita membina generasi yang berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam serta prihatin menunaikan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar," katanya lagi.
Pada Isnin media melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom, di sini pada 26 dan 27 Ogos ini.
Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman menegaskan, pihaknya kesal dengan hebahan secara terbuka kepada masyarakat bagi menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan Islam.
Aida Aziz
Tue Aug 15 2023

Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom, di sini pada 26 dan 27 Ogos ini. - Foto Facebook/Pemuda PAS Kampar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tular isu Pesta Songkran di Kampar: Penganjur akui khilaf guna istilah perayaan
Pesta air tersebut bukanlah sebagaimana yang dilihat dalam perayaan Songkran masyarakat Siam tetapi hanya aktiviti air bagi para pengunjung.

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga Pesta Songkran membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.

COVID-19: Institusi pendidikan, venue sukan, pusat hiburan ditutup sementara dua minggu
Prayuth berkata venue sukan termasuk stadium, stadium tinju dan venue lumba kuda di negara itu akan ditutup dalam tempoh yang sama.

COVID-19: Tiada sambutan pesta Songkran di Kedah
Arahan itu turut disambut baik masyarakat Siam lain kerana ianya melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam lain.

Kerajaan Kedah longgar syarat beli rumah untuk masyarakat Siam
Walaupun taman perumahan tersebut berstatus Tanah Rizab Melayu tetapi dengan kuasa yang ada kerajaan memberi kelonggaran syarat bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Siam memiliki rumah.