ENAM wartawan di Sudan Selatan dilaporkan ditahan pihak berkuasa minggu lalu berhubung kejadian Presiden Salva Kiir yang dipercayai terkencing ketika hadir pada satu majlis rasmi Disember lalu.
Menurut laporan agensi media asing, perkara itu dimaklumkan kesatuan wartawan kebangsaan pada Sabtu, susulan rakaman video 'seluar basah' yang tidak disiarkan di kaca televisyen tetapi tular di media sosial.
Rakaman tersebut menunjukkan tompokan gelap meresap ke bawah seluar yang dipakai Kiir, 71 tahun, ketika berdiri untuk lagu kebangsaan pada acara perasmian jalan raya.
Presiden Kesatuan Wartawan Sudan Selatan Patrick Oyet memaklumkan, enam wartawan yang bekerja dengan Perbadanan Penyiaran Sudan Selatan ditahan pada Selasa dan Rabu.
"Mereka disyaki tahu bagaimana video presiden terkencing itu boleh tersebar luas," katanya kepada Reuters.
Mereka yang ditahan ialah pengendali kamera Joseph Oliver dan Mustafa Osman; penyunting video Victor Lado, penyumbang berita Jacob Benjamin dan petugas bilik kawalan Cherbek Ruben dan Joval Toombe.
“Kami bimbang kerana mereka kini ditahan lebih lama daripada tempoh masa yang dibenarkan mengikut undang-undang," kata Oyet.
Di bawah undang-undang Sudan Selatan, pihak berkuasa dibenarkan menahan suspek selama 24 jam sahaja sebelum membawa kes ke mahkamah.
Sehingga kini, Menteri Penerangan Sudan Selatan Michael Makuei dan jurucakap Perkhidmatan Keselamatan Negara David Kumuri tidak memberi maklum balas mengenai isu ini.
Kiir dipilih menjadi Presiden sejak Sudan Selatan mencapai kemerdekaan pada 2011.
Sebelum ini, pegawai kerajaan berulang kali menafikan khabar angin mengatakan beliau dalam keadaan tidak sihat.
Faida Rahim
Sun Jan 08 2023

Salva Kiir bercakap pada satu sidang media di Juba, Sudan Selatan, 28 Mac, 2022. Gambar fail REUTERS
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Tentera Israel tahan 98 wartawan Palestin sejak 7 Oktober 2023
Terdapat 15 daripada 52 wartawan berada dalam tahanan pentadbiran iaitu satu bentuk pemenjaraan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Moscow lanjutkan tempoh penahanan pemberita WSJ Gershkovich selama 3 bulan
Mahkamah daerah Lefortovo Moscow memutuskan untuk melanjutkan tahanan pra-perbicaraan selama tiga bulan lagi terhadap seorang wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovich.

Dua wartawan Australia tidak akan dihalang masuk ke Malaysia sebagai pelancong - Nur Jazlan
Levent dan Besser pada Sabtu lalu merempuh kawalan keselamatan untuk mendekati Perdana Menteri yang ketika itu sedang melawat sebuah masjid di Kuching.