KOTA BHARU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
MUDA Kelantan berkata, tulisan jawi sudah sebati dan menjadi satu identiti serta amalan biasa sejak sekian lama di negeri itu.
"Kebiasaannya tulisan jawi dipaparkan di sekolah agama, pusat tahfiz, surau dan masjid. Bezanya di Kelantan, ia dipaparkan menerusi papan tanda kedai, billboard dan juga poster iklan yang bersaiz kecil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MUDA Kelantan berkata, pihaknya menganjurkan Jelajah Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya ke Kelantan pada Rabu lepas.
“Tumpuan jelajah negeri ini adalah untuk memaklumkan proses rejuvinasi parti serta menyampaikan hala tuju MUDA sebagai kuasa ketiga.
“Amira Aisya turut berbuka puasa bersama beberapa pimpinan mahasiswa negeri Kelantan.
“Kemudian beliau meneruskan jelajah ke Mika Coffee sebagai panel utama dalam 'Forum Kepimpinan Khadijah' yang berteraskan kepada pemerkasaan wanita.
“Kami berharap proses rejuvinasi parti ini memberi kesan yang baik dan sekali gus merapatkan saf antara akar hmbi dan pimpinan negeri,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan gabungan itu sedang merancang untuk mengadakan siri jelajah seluruh negara dengan turun ke setiap negeri bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Muhyiddin dilapor berkata, keputusan menjelajah bersama bekas Presiden MUDA itu atas dasar sokongan yang ditunjukkan meskipun tidak menyertai PN.
Pia Ernadya
Fri Mar 29 2024

Amira Aisya menunjukkan logo rasmi baharu MUDA Kelantan yang mempunyai tulisan jawi. - Gambar/ MUDA Kelantan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin perlu tunjuk tauladan yang baik - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menggesa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan tauladan dengan tidak menimbulkan sangkaan tidak baik susulan pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan pada Jumaat lalu