TELUK INTAN: Seorang buruh sawit dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Khamis kerana menumbuk ibu kandungnya selepas tidak diberikan RM10 untuk membeli dadah, Isnin lalu.
Majistret T Ashvinii menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Chai Chon Tak, 29, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Menurut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas ibu kandungnya, di sebuah rumah di Lorong Taman Langkap Jaya, di sini, kira-kira jam 3 petang, Isnin lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tuduhan itu dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara dua kali ganda panjang dari tempoh maksimum pemenjaraan untuk kesalahan mengikut seksyen yang berkaitan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, lelaki itu didapati menumbuk lengan kiri ibu kandungnya kerana tidak memberikan RM10 untuk tujuan membeli dadah.
Mangsa bertindak membuat laporan polis kerana kejadian itu sering berlaku serta takut terjadi perkara yang tidak baik terhadapnya.
Polis kemudiannya menahan suspek di tepi jalan Desa Maju Langkap, kira-kira jam 9.30 malam, Isnin lalu.
Mahkamah memutuskan tertuduh dihukum penjara satu tahun daripada tarikh dia ditangkap, pada 27 November lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), F Faustina.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Nov 30 2023

Chai Chon Tak, 29, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah. - Gambar/ Sinar Harian

Salah guna teknologi boleh wujudkan rasuah bentuk baharu - Azam Baki
Penyalahgunaan teknologi seperti ancaman siber boleh mewujudkan rasuah bentuk baharu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.

Tumbuk ibu tak bagi RM10, buruh kena penjara setahun
Seorang buruh sawit dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Khamis kerana menumbuk ibu kandungnya selepas tidak diberikan RM10 untuk membeli dadah, Isnin lalu.

Penganggur nafi tumbuk ibu di bibir dan kepala
Mahkamah Majistret Ayer Keroh mengarahkan seorang penganggur yang berdepan dakwaan memukul ibunya sehingga mendatangkan kecederaan menjalani rawatan psikiatri.

Penganggur didakwa kerana tumbuk ibu mandi berbogel
Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana menumbuk ibunya yang mandi berbogel