Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah menumbuk pipi seorang lelaki di sebuah pasar raya di ibu negara, bulan lalu.
S. Joseph Prakash, 41 tahun, seorang penarik kereta, mengaku bersalah di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat yang turut memerintahkan dia menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Memetik laporan Bernama, Joseph didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Jubayel, 42, dengan menumbuk pipi mangsa di sebuah pasar raya di Jalan Masjid India, pada 7.30 malam, 27 Feb lepas.
Dia dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal, bagaimanapun Joseph yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.
"Ketika kejadian, lelaki (Jubayel) telah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ia menyebabkan saya hilang pertimbangan.
"Saya memohon maaf atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya," kata Joseph.
Asyraf Roslan
Tue Mar 05 2019

S. Joseph Prakash, 41 tahun, mengaku bersalah menumbuk pipi seorang lelaki di sebuah pasar raya di Jalan Masjid India bulan lalu. - Gambar hiasan
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Peniaga Jalan Masjid India berhasrat bincang dengan kerajaan isu keselamatan
Persatuan peniaga di Jalan Masjid India, di sini berhasrat bertemu dengan agensi kerajaan berkaitan bagi membincangkan isu keselamatan dan masa depan perniagaan mereka susulan insiden tanah jerlus.

Genap seminggu, pasukan SAR tidak putus asa cari mangsa tanah jerlus
Biarpun berdepan cabaran gas beracun yang mudah terbakar, pasukan SAR tetap gigih melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Pelakon Sobri Anuar antara yang terperangkap di Masjid India akibat PKPD
Lebih malang lagi Mohd Sobri turut mengalami gejala demam sejak Isnin dan sukar untuk mendapat bekalan makanan ketika ini.

Ramadan pertama di Kuala Lumpur...
Tapak bazar Ramadan Jalan Raja bermula dari persimpangan lampu isyarat Leboh Pasar Besar hingga ke Jalan Perak mula beroperasi dari 6 Mei

Bazar Ramadan Lorong TAR ditempatkan di Jalan Raja tahun ini
Lokasi bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 200 meter.

Warga kota serbu Jalan Masjid India menjelang Aidilfitri
Warga kota menggunakan masa pada saat akhir bagi membeli-belah di sekitar Jalan Masjid India untuk menikmati promosi harga runtuh sebelum menyambut Hari Raya Adilfitri.

Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar
Golongan berbadan besar tidak lagi ketinggalan untuk mengayakan pelbagai fesyen pada Aidilfitri ini apabila terdapat beberapa pereka dan peniaga menawarkan rekaan baju raya bersaiz besar.

Viral: Warga emas dipukul di Bazar Ramadan
Hanya kerana kemalangan kecil, seorang pemandu warga emas diserang sekumpulan lelaki di bazar Ramadan di Jalan Masjid India, menyebabkan kerosakan pada kereta pemandu tersebut.