KUALA LUMPUR:Kerja pembersihan dan pelupusan sisa berminyak akibat pencemaran di Pantai Cermin, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Tanjung Tuan, Melaka dijalankan hari ini.
Jawatankuasa Tindakan Pembersihan Pantai Peringkat Daerah (JTPPPD) Port Dickson dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah telah diaktifkan untuk tujuan itu.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kerja pembersihan di kedua-dua kawasan ini diterajui Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dan Melaka.
"Ini termasuk Jabatan Laut Malaysia (JLM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Isnin, JAS menerima laporan daripada beberapa agensi penguatkuasa dan orang ramai mengenai kejadian tumpahan minyak yang dikesan sepanjang dua kilometer di Pantai Cermin dan Tanjung Tuan.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, pasukan siasatan JAS telah menjalankan pemeriksaan dan mengutip sampel di kawasan pantai tercemar termasuk di tengah laut.
"Sampel tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisis dan penentuan ciri serta komposisi bahan buangan.
"JAS dan APMM juga telah melakukan rondaan laut dan pemantauan menggunakan dron bagi mengesan punca tumpahan minyak ini," jelas beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 27, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tambahan berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
Afiezy Azaman
Tue Oct 13 2020
![Tumpahan minyak: Kerja pembersihan Pantai Cermin dan Tanjung Tuan diaktifkan Tumpahan minyak: Kerja pembersihan Pantai Cermin dan Tanjung Tuan diaktifkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602554134_TBPantaiCemar.jpg)
Pantai Cermin di Port Dickson, Negeri Sembilan yang tercemar akibat tumpahan minyak yang dikesan sejauh dua kilometer. - Foto Facebook Aksara Heart
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
![Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738480283_buaya.jpg)
Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.
![Amaran untuk pengusaha khemah sewa degil di Port Dickson Amaran untuk pengusaha khemah sewa degil di Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665698277_AmaranMPPD.jpg)
Amaran untuk pengusaha khemah sewa degil di Port Dickson
Tindakan penguatkuasaan itu dilakukan selepas MPPD menerima aduan pengunjung yang tidak berpuas hati pemasangan khemah di situ kerana menyebabkan mereka tidak dapat berkelah dan beriadah di pantai.
![Tiada kesan tumpahan minyak di Pantai Cermin Tiada kesan tumpahan minyak di Pantai Cermin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647402121_DatukSeriAbdulGha.jpg)
Tiada kesan tumpahan minyak di Pantai Cermin
JAS negeri akan terus melakukan pemantauan fizikal keadaan air di sepanjang pantai dan kawasan paya bakau.
![Minyak enjin kapal punca pencemaran pantai Port Dickson - Exco Minyak enjin kapal punca pencemaran pantai Port Dickson - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603155953_TUMPAHANMINYAK.jpg)
Minyak enjin kapal punca pencemaran pantai Port Dickson - Exco
Keputusan itu diperoleh pada 23 Oktober lepas, hasil analisis tiga sampel cecair separa pepejal berwarna hitam yang diambil di kawasan persisiran pantai tersebut.
![Tumpahan minyak: Kerja pembersihan Pantai Cermin dan Tanjung Tuan diaktifkan Tumpahan minyak: Kerja pembersihan Pantai Cermin dan Tanjung Tuan diaktifkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602554134_TBPantaiCemar.jpg)
Tumpahan minyak: Kerja pembersihan Pantai Cermin dan Tanjung Tuan diaktifkan
Pasukan siasatan JAS telah menjalankan pemeriksaan dan mengutip sampel di kawasan pantai tercemar termasuk di tengah laut.
![Pantai Port Dickson dicemari tumpahan minyak Pantai Port Dickson dicemari tumpahan minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602515537_TBPantaiCemar.jpg)
Pantai Port Dickson dicemari tumpahan minyak
Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini hari ini, yang mengakibatkan pencemaran di sepanjang tiga kilometer pantai itu.