SEREMBAN:Keputusan sampel minyak daripada empat kapal berlabuh di Kuala Linggi susulan insiden tumpahan minyak yang telah mencemarkan Pantai Cermin, Batu 10, Port Dickson dijangka diketahui dalam tempoh dua bulan lagi.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Norlin Jaafar berkata JAS sebelum ini telah mengambil 12 sampel minyak dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis dan siasatan selanjutnya.
"Kejadian dikesan pada 12 Okt lepas dan Pusat Kawalan Tempat Kejadian telah diaktifkan keesokannya dengan penilaian kawasan terjejas meliputi kawasan pantai sepanjang dua kilometer dari Pantai Cermin hingga kawasan Hutan Paya Bakau Tanjung Tuan di Melaka.
"JAS dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut telah mendapatkan sampel itu bagi mencari bukti suspek insiden tumpahan minyak dan akan diketahui sedikit masa lagi, selewat-lewatnya dua bulan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata sehingga hari ini, dianggarkan 80 peratus kerja pembersihan berjaya dilakukan yang tertumpu di kawasan pantai, kawasan paya bakau dan di perairan Tanjung Tuan melibatkan kerjasama pelbagai agensi, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
Norlin berkata kerja pembersihan itu dipengaruhi pelbagai faktor termasuklah cuaca, keadaan pasang surut, keadaan fizikal kawasan terjejas, magnitud impak dan keberadaan baki sisa tumpahan (tompokan kecil) yang masih berada di laut.
"Kes pembuangan minyak di laut sukar dikesan memandangkan tempoh pergerakan minyak sampai ke pantai atau dikesan agensi penguatkuasaan mungkin mengambil masa dan penjenayah berkemungkinan telah bergerak atau menutup bukti kes," katanya.
Bagaimanapun, katanya, JAS akan terus berkerjasama dengan agensi penguatkuasaan di laut bagi mempertingkatkan penguatkuasaan secara bersepadu dan rondaan di perairan negara selain pengendali pelabuhan, kontraktor serta syarikat perkapalan juga perlu meningkatkan pemantauan di kawasan masing-masing.
Jelasnya, JAS juga akan menambah baik Rancangan Kontigensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM) dan memperkukuh strategi kawalan tumpahan minyak bagi mengurangan impak ke atas alam sekitar, masyarakat dan semua pihak berkepentingan.
"Oleh itu, orang awam yang mempunyai maklumat kejadian tumpahan di laut untuk segera melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan kawalan segera sebelum minyak sampai ke pantai," katanya.
Pada 12 Okt lepas, media melaporkan kawasan pesisiran Pantai Cermin sejauh dua kilometer didapati tercemar dengan tumpahan minyak dan insiden itu mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang meninjau lokasi berkenaan pada Selasa lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020

Sehingga hari ini, dianggarkan 80 peratus kerja pembersihan berjaya dilakukan bertumpu di kawasan pantai dan paya bakau. -Gambar fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

MPA Singapura siasat insiden tumpahan minyak di Changi semasa bunkering
Operasi itu dihentikan serta-merta selepas insiden berlaku pada 5.40 petang, manakala siasatan terperinci sedang dijalankan.

Misteri kemunculan ratusan bebola tar di tepi pantai
Ujian awal menunjukkan ia adalah bahan pencemar berasaskan hidrokarbon iaitu komponen utama produk petroleum.

Filipina tangguh sedut minyak dari kapal tangki yang tenggelam
Penyelam sedang mengukuhkan pengedap injap dan paip untuk memastikan minyak tidak bocor semasa operasi itu.

Teluk Filipina berdepan risiko tumpahan minyak
Sebuah kapal tangki membawa 1.4 juta liter bahan api industri karam di perairan Filipina pada Khamis.

Tumpahan minyak cemar pintu air Jalan Tangki, Pelabuhan Klang
Tumpahan berkenaan dipercayai akibat kebocoran paip di sebuah premis kilang penyimpanan minyak sawit.

Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.

Tumpahan minyak: Pembersihan Pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini
Kerja-kerja pembersihan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia susulan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, bermula secara rasmi 9.30 pagi hari ini.

Tumpahan minyak: Pihak berkuasa Singapura hubungi Malaysia
Pihak berkuasa Singapura sedang berhubung dengan rakan sejawat mereka dari Malaysia untuk bekerjasama dalam usaha menangani sebarang kesan lanjut daripada tumpahan minyak.

Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.

2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan
JAS Labuan menahan dua kapal yang disyaki menyebabkan kejadian tumpahan minyak berhampiran jeti Labuan Shipyard Engineering (LSE) dan perairan Patau-Patau 1.