Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik semula sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Sept lepas.
"Adalah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju melantik semula Tun Abdullah sebagai Pengerusi IKIM berkuat kuasa 1 Sept 2015 hingga 31 Ogos 2018," menurut IKIM dalam satu kenyataan, Khamis.
Menurut kenyataan itu, Prof Datin Dr Azizan Baharuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah IKIM yang baharu selama dua tahun berkuat kuasa 1 Sept lepas hingga 31 Ogos 2017.
Beliau menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang menjawat jawatan tersebut pada 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos 2015 selama tiga penggal.
Dr Azizan, 60, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah IKIM sejak 1 Nov 2011 dan profesor di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya.
Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Lancaster, United Kingdom (UK) selain Sarjana Sains dari Kolej Universiti, Universiti London, UK dan Sarjana Muda Sains Universiti Tasmania, Australia.
"Beliau yang mula berkhidmat di Universiti Malaya sejak 1978 mempunyai banyak pengalaman dan pendedahan di peringkat nasional mahupun antarabangsa dalam bidang agama dan sains, dialog peradaban dan alam sekitar.
"Pengalaman beliau di peringkat nasional dan antarabangsa akan membantu IKIM meningkatkan kefahaman Islam kepada semua masyarakat di dalam dan luar negara," menurut kenyataan itu.
IKIM yang ditubuhkan pada 18 Feb 1992 bertujuan untuk menjelaskan kepada umum bahawa Islam agama yang mendukung kebenaran, dinamik, toleran dan mempunyai nilai-nilai murni yang bersifat universal.
Dalam kenyataan itu, barisan Ahli Lembaga Pengarah IKIM turut menzahirkan penghargaan kepada Nik Mustapha atas khidmat cemerlang beliau menerajui IKIM.
Bernama
Thu Sep 03 2015
Abdullah (gambar) dilantik semula sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Sept lepas. -Gambar fail
Niaga SPOTLIGHT: E-hailing Industry - Pricing Mechanisms and Sustainability
Malaysia’s e-hailing industry has become a crucial part of urban mobility, with projected revenue reaching RM2.29 billion by the end of 2025.
As of January, there were approximately 2.9 million e-hailing drivers around Malaysia.
Additionally, the number of users in the e-hailing market is expected to reach 11.47 million by 2029.
However, recent discussions around setting a minimum fare floor for e-hailing services have sparked controversy and the issue of sustainability.
Wan Agyl Wan Hassan, Founder, MY Mobility Vision discusses how the floor price proposal to offer a fairer income for drivers can be better managed while preventing a rise in fares that could hurt the affordability of public transport alternatives for the Rakyat.
As of January, there were approximately 2.9 million e-hailing drivers around Malaysia.
Additionally, the number of users in the e-hailing market is expected to reach 11.47 million by 2029.
However, recent discussions around setting a minimum fare floor for e-hailing services have sparked controversy and the issue of sustainability.
Wan Agyl Wan Hassan, Founder, MY Mobility Vision discusses how the floor price proposal to offer a fairer income for drivers can be better managed while preventing a rise in fares that could hurt the affordability of public transport alternatives for the Rakyat.
[TERKINI] Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Perkara itu disahkan Istana Negara menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Perkara itu disahkan Istana Negara menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial
Cancel culture seringkali disasarkan kepada golongan dianggap bermasalah atau berperilaku negatif.
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.
KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.
'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.
'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.
"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).