KUALA LUMPUR: Tiga permintaan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz bagi membolehkan beliau menghadapi Tribunal Lembaga Disiplin parti dengan lebih adil, telah ditolak.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya hari ini, beliau berkata, tiga permintaan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada rakan, pengamal undang-undang serta veteran UMNO, yang bimbang Lembaga Disiplin tidak boleh berlaku adil.
Jelasnya lagi, pernah berlaku dalam kes-kes yang dibawa ke Lembaga Disiplin sebelum ini melibatkan pesalah kes politik wang semasa pemilihan parti, bagi kes yang hampir sama, hukumannya berbeza mengikut individu.
“Bagi individu biasa, mereka dikenakan hukuman gantung, tapi bagi individu yang mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan, mereka hanya diberikan amaran. Begitu juga kes yang melibatkan Datuk Lokman Adam. Sampai sekarang masih ada bunyi-bunyi berkaitan ketelusan dan keadilan mengenainya.
“Atas nasihat ini, saya telah membuat tiga permintaan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebaiknya untuk membela diri,” katanya lagi.
Pada 25 Februari lepas, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa itu telah memohon tiga perkara iaitu beliau mahu senarai nama anggota tribunal, iaitu pengerusi dan anggota-anggotanya.
Selain itu Tun Faisal mahu tahu identiti pengadu atau nama UMNO Bahagian yang membuat aduan serta butiran aduan asal didakwa telah beliau langgar.
Permohonan ketiga pula ialah kebenaran untuk beliau membawa dua pengamal undang-undang untuk hadir sama dan bertindak sebagai pemerhati serta penasihat.
Bagaimanapun, Tun Faisal berkata, beliau telah mendapat surat maklum balas daripada Pengerusi Lembaga Displin UMNO Malaysia Tan Sri Zul Hasnan Rafique, yang memaklumkan ketiga-tiga permohonan itu ditolak, tanpa disertakan alasan penolakan.
“Apabila permintaan ini ditolak, bagi saya, ini adalah 'missed opportunity' (peluang yang disia-siakan) bagi Lembaga Disiplin untuk menunjukkan bahawa mereka telus, benar-benar terbuka dan benar-benar mahu mencari kebenaran.
“Tiga permintaan ini saya buat selepas Sekretariat Lembaga Disiplin menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka mahu memberi seluas-luas ruang kepada saya untuk membela diri,” katanya lagi.
Tun Faisal berkata, jika ketiga-tiga permintaan itu dipenuhi, tanggapan terhadap Lembaga Disiplin UMNO akan menjadi lebih positif, dan Lembaga Disiplin UMNO dan UMNO sendiri akan dilihat amat komited untuk berlaku adil dan bersikap telus.
Jelasnya lagi, beliau telah menghantar surat permohonan sekali lagi kepada Zul Hasnan agar dipertimbangkan ketiga-tiga permohonan tersebut.
Firdaus Azil
Sat Feb 27 2021

Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Tun Faisal sahkan dipecat UMNO
Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat keahliannya dalam UMNO setelah hampir dua tahun digantung.

Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil.