Semua pihak disaran agar mengambil iktibar daripada kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands dan tidak membiarkan perkara sama berulang di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan.
Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah berkata jika semua pihak membiarkan pihak tertentu rakus memusnahkan tanah tinggi itu, kawasannya yang kaya dengan flora dan fauna hanya menunggu masa untuk musnah sama sekali.
"Apa yang berlaku di Cameron Highlands sepatutnya sudah membuka mata semua pihak. Mereka menganggap menjaga alam sekitar tidak penting, tetapi lihatlah apa yang berlaku.
"Kita lupa apa yang telah dibuat itu telah merosakkan alam sekitar dan kini tiba masanya kita perlu menjaga Lojing supaya jangan jadi seperti itu," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di sini hari ini.
MoU itu adalah antara kerajaan negeri Kelantan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC) Bhd dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Kelantan diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, Naib Canselor UMK Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose mewakili UMK, Jeanne mewakili TRCRC dan ECERDC diwakili Ketua Pegawai Ekesekutifnya Datuk Jebasingam Issace John.
Turut hadir Penaung Landskap Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi.
MoU itu sebagai kerjasama untuk menjaga 404 hektar kawasan Lojing selepas ia diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan pada 2010, yang mengandungi habitat bunga pakma atau rafflesia.
Jeanne bagaimanapaun merasa gembira kerana terdapat cadangan untuk menanam kira-kira sejuta pokok di Cameron Highlands bagi memulihkan keadaannya walaupun akan mengambil masa lama.
Mengulas lanjut mengenai Lojing, beliau berkata kawasan seluas lebih 400 hektar itu perlu dilindungi dari kemusnahan kerana ia terdapat bunga pakma yang boleh dijadikan tarikan pelancongan.
"Ini bukan untuk penjagaan rafflesia sahaja tetapi untuk semua yang ada di tanah tinggi ini," katanya.
Mohd Amar pula berkata kerajaan negeri sangat peka dengan penjagaan alam sekitar dengan mengetatkan syarat bahawa setiap pemaju di Lojing perlu mematuhi peraturan Penilaian Alam Sekitar (EIA).
"Ada syarikat yang telah diambil tindakan dan ada yang dibawa ke muka pengadilan kerana kegagalan mematuhi peraturan EIA," katanya.
Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar perlu lebih peka dalam menguatkuasakan undang-undang di tanah tinggi itu jika terbukti ada pihak terbabit melakukan pencemaran dan merosakkan alam sekitar di situ.
Mohd Amar bagaimanapun menafikan keadaan di Lojing adalah serius seperti yang didakwa dan mendapati keadaannya tidak seburuk seperti yang berlaku di Cameron Highlands.
Sementara itu Pengarah UMK Kampus Jeli, Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar berkata pihaknya akan membuat kajian lebih mendalam untuk memohon kepada kerajaan Kelantan bagi mewartakan kawasan yang lebih luas di Lojing.
"Kalau kita dapati ia menjejaskan kawasan habitat rafflesia, kita akan mohon untuk mewartakan kawasan sekelilingnya pula," katanya.
Beliau berkata UMK akan sentiasa membuat pemantauan dan penelitian agar kawasan Lojing tidak menjadi lebih buruk.
Bernama
Tue Nov 18 2014
JEANNE: Apa yang berlaku di Cameron Highlands sepatutnya sudah membuka mata semua pihak. - Foto teganukita.com.my
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.