Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan penyelamat yang terdiri daripada penyelam antarabangsa dan pihak berkuasa Thailand atas keberanian dan kejayaan mereka menyelamatkan 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka di kompleks gua Tham Luang di Chiang Rai semalam.
"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan penyelamat dan pihak berkuasa Thailand atas keberanian dan kejayaan mereka menyelamatkan 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka semalam.
"Kami gembira kerana misi menyelamat ini berakhir dengan jayanya dan remaja lelaki berkenaan kini dapat pulang ke pangkuan keluarga mereka. Misi ini bukannya tanpa pengorbanan," katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.
Pada masa yang sama, Dr Mahathir turut merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga dan rakan penyelam pasukan SEAL Tentera Laut Diraja Thailand, Saman Kunan, 38, yang meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas menghantar tangki oksigen yang amat diperlukan ke dalam Bilik 3 gua itu semasa misi menyelamatkan pasukan bola sepak Wild Boars dan jurulatih mereka itu.
"Kami amat bersimpati dengan Pegawai Kelas Pertama Saman Kunan, yang kehilangan nyawa secara tragik semasa menghantar tangki oksigen ke dalam gua itu semasa misi itu," katanya.
Perdana menteri berkata keberanian Saman itu akan kekal dalam ingatan rakyat Thailand dan masyarakat seluruh dunia yang telah mengikuti rapat episod dramatik itu.
Kesemua 12 remaja lelaki itu berumur antara 11 dan 16 tahun dan jurulatih mereka berumur 25 tahun dilaporkan hilang dalam kompleks gua Tham Luang di Chiang Rai, wilayah utara Thailand pada 23 Jun lepas.
Mereka ditemukan pada 2 Julai selepas misi mencari yang disertai 1,000 penyelamat, pada hari kesembilan misi itu.
BACA: 'Mujur ada Adul', mangsa gua Tham Luang disanjung kerana fasih bahasa Inggeris
Sebanyak 13 pakar penyelam gua asing dan lima anggota penyelamat Tentera Laut Diraja Thailand mengambil bahagian dalam operasi pertama pada Ahad yang berjaya mengeluarkan empat remaja lelaki dari dalam gua itu.
Dalam operasi penuh mencabar, pasukan penyelamat perlu mengharungi laluan sempit dan air keruh di dalam gua itu sebelum menamatkan penderitaan pasukan bola sepak itu selama 17 hari dengan baki empat lagi dikeluarkan daripada gua itu pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018

Pelajar dan jurulatih mereka ditemukan pada 2 Julai selepas misi mencari yang disertai 1,000 penyelamat, pada hari kesembilan misi itu. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Kapten bola sepak remaja Thailand sah bunuh diri di UK
Dia ditemui tidak sedarkan diri di bilik asramanya pada 12 Februari dan meninggal dunia di hospital dua hari kemudian.

Wira 'Thai Cave Rescue' meninggal dunia
Narongsak menyelia perancangan operasi menyelamat 2018 untuk kanak-kanak dari pasukan bola sepak Moo Pa atau Wild Boars.

Pengarah 'The Cave' janjikan jalan cerita sebenar mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang
Sudahkah anda bersedia untuk menonton kisah operasi menyelamat anggota pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap dalam gua Tham Luang di layar perak?

Rakaman keadaan 13 mangsa Gua Tham Luang di hospital didedahkan
Rakaman 12 remaja lelaki bersama jurulatih mereka yang kini dirawat di hospital Chiang Rai didedahkan kerajaan Thailand kepada media.

Tun Mahathir puji kecemerlangan misi menyelamat di gua Thailand
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada pasukan penyelamat yang menyelamatkan 12 remaja lelaki dan jurulatih di kompleks gua Tham Luang di Chiang Rai.

Begini caranya operasi keluarkan mangsa di Gua Tham Luang
Kesemua mereka terperangkap lebih empat kilometer di dalam gua berkenaan, menjadikan misi menyelamatkan mangsa berdepan pelbagai cabaran.

KPKT pertimbang pantau lokasi riadah berisiko tinggi - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mempertimbangkan untuk melakukan penyusunan kategori dan tahap bahaya setiap kawasan rekreasi berisiko tinggi di negara ini.