Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hadir menyaksikan acara kemuncak Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU), pada Selasa.
Acara penutup itu juga berlangsung serentak dengan pelancaran sambutan jubli perak Putrajaya, serta sambutan malam tahun baharu.
Mereka yang diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, menyertai puluhan ribu warga Putrajaya menyaksikan persembahan grand projection mapping menerusi tujuh segmen bertemakan Beautiful Malaysia.
Antara segmen yang diketengahkan ialah pembangunan negara, budaya dan sukan.
"Saya gembira dapat bersama-sama melihat Putrajaya menyambut usia 25 tahun.
"Kerjasama, perpaduan dan kestabilan membolehkan kita membangunkan sebuah ibu kota pentadbiran yang megah.
"Sayangilah Putrajaya, dan sayangilah Malaysia, negara kita yang tercinta," kata Tun Mahathir dalam amanat ringkasnya.
Festival LAMPU 2019 berlangsung sejak Ahad lalu, dianjurkan buat kali ketujuh, menampilkan persembahan visual projektor di bangunan Istana Kehakiman.
Madiha Abdullah
Tue Dec 31 2019
Sambutan jubli perak Putrajaya serentak dengan penutup Festival LAMPU dan sambutan tahun baru. - fotoBERNAMA
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.
Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Januari 2025
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Putin sedia jumpa Trump
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Menurut Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya berikutan bilangan kenderaan dijangka bertambah kerana cuti perayaan itu berlaku serentak dengan cuti sekolah.
Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.06 pagi melalui Sistem MERS dan mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.
PKR perkenal syiling khas sempena jubli perak tahun depan
Duit syiling peringatan khas PKR diperkenalkan bersempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan parti berkenaan yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden parti.
Tun Mahathir sertai warga Putrajaya, rai tiga sambutan
Acara penutup Festival LAMPU berlangsung serentak dengan pelancaran sambutan jubli perak Putrajaya, serta sambutan malam tahun baru.