Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.
Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.
"Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.
"Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam.
Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.
"Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir.
Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan.
Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.
Antara yang ditemu bual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.
Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas.
Bernama
Mon Mar 09 2015

Tun Dr Mahathir menyifatkan laporan interim kehilangan pesawat MH370 sebagai pelik dan khuatir wujud 'permainan teknologi' di sebaliknya. -Gambar fail

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia - Kementerian Luar
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Isnin.

Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.

Laporan Interim 1 Kajian SSPA diserah kepada Anwar - JPA
Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

J/kuasa pemantauan bersetuju laporan interim PPK kaji dakwaan dalam buku Tommy Thomas
Laporan akhir yang disediakan PPK akan dibentang untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

1MDB: Laporan interim Ketua Audit Negara perlu didedah kepada umum - Wan Azizah
Menurut Dr Wan Azizah, kenyataan Husni itu bukan sahaja tidak memperjelaskan isu sebenar, malah menambah kekalutan dan cuba mengelirukan orang ramai.

Laporan interim pengauditan 1MDB siap ikut jadual - Jabatan Audit Negara
Jabatan Audit Negara telah menyiapkan Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tun Mahathir tidak boleh terima laporan interim MH370, anggap pelik
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.

MH370: Bateri isyarat pengesan mampu bertahan selama 30 hari - MAS
Peranti isyarat pengesan dasar laut (ULB) yang sama telah dipasang dengan Solid State Cockpit Voice Recorder (SSCVR) membekalkan tenaga yang mencukupi untuk menghantar isyarat selama 30 hari.

Kementerian Pengangkutan teliti laporan interim MH370
Kementerian Pengangkutan akan meneliti laporan interim siasatan MH370 dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat sebarang kelemahan, termasuk kecuaian manusia.

Laporan interim MH370: Tiada 'bendera merah' mengaitkan kru, pesawat
Laporan terperinci yang dikeluarkan pada ulang tahun pertama kehilangan pesawat MH370 itu tidak menyebut sebarang dapatan yang meletakkan syak wasangka atau 'bendera merah' ke atas mereka.

Objektif siasatan MH370 bukan untuk menuding jari - ICAO
Objektif siasatan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 adalah untuk mencegah kejadian tersebut dari berulang dan bukannya untuk menuding jari, kata ICAO.