GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan (Hon. D. Dev. Econs) oleh Universiti Sains Malaysia (USM), pada 29 Mac ini.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan untuk mempengerusikan sidang satu penyampaian anugerah tersebut pada pukul 10.30 pagi di Istana Arau, Perlis.
Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata sidang pertama itu adalah untuk meraikan Mohd Ali dan penganugerahan tersebut sebagai tanda penghargaan serta pengiktirafan USM terhadap sumbangannya yang cemerlang dalam bidang ekonomi sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"Tun Mohd Ali yang juga Alumni Terbilang USM terkenal dengan ketokohannya dan banyak menyumbang kepada aspek kemajuan ilmu, perkembangan dan penyebaran pengetahuan serta kepakaran.
"Pencapaian beliau juga telah membuktikan bahawa graduan dalam bidang Sains Sosial boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Faisal Rafiq berkata Upacara Konvokesyen ke-59 USM itu akan bermula pada 29 Mac bagi sidang satu di Istana Arau dan seterusnya diikuti dengan sidang kedua hingga 12 bermula 21 hingga 31 Mei di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM di sini.
Katanya, upacara konvokesyen itu turut meraikan sejumlah 6,706 graduan yang akan menerima ijazah masing-masing iaitu Ijazah Tinggi sebanyak 2,231 orang (Ph.D dan Sarjana), Ijazah Sarjana Muda (4,425 orang) dan Diploma Kejururawatan (50 orang).
"Upacara konvokesyen pada Mei depan akan dipengerusikan oleh Pro-Pro Canselor USM iaitu Tan Sri Dr Zulkefli A.Hassan, Tan Sri Mustafa Mansur dan Tan Sri Dr M. Jegathesan," katanya.
Beliau berkata untuk upacara di DTSP, penganugerahan ijazah-ijazah akan dijalankan secara satu sesi setiap hari dan pecahan sidang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022

Sidang pertama itu adalah untuk meraikan Mohd Ali dan penganugerahan tersebut sebagai tanda penghargaan serta pengiktirafan USM terhadap sumbangannya yang cemerlang dalam bidang ekonomi. - Gambar fail

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Tun Mohd Ali angkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka
Tun Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua hari ini.

Kestabilan politik bawa perpaduan, kemakmuran kepada rakyat - Mohd Ali
Kestabilan politik yang teguh akan membawa perpaduan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat, kata Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Tun Mohd Ali dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan oleh USM
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan (Hon. D. Dev. Econs) oleh Universiti Sains Malaysia (USM), pada 29 Mac ini.

Barisan Exco Negeri Melaka angkat sumpah petang ini
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia barisan Exco Negeri Melaka bakal berlangsung kira-kira jam 3 petang ini.

Majlis angkat sumpah Exco Melaka dijangka esok
Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka dijangka berlangsung petang esok selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Politik Melaka: PKR tolak PRN dan darurat, desak Kabinet nilai keputusan pembubaran DUN - Shamsul Iskandar
PKR berharap Kabinet dapat melihat kembali keputusan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Politik Melaka: Surat bubar DUN diserahkan sehari sebelum empat ADUN tarik sokongan - Mohamad Ali
Mohamad berkata itu sebab pembubaran berlaku selepas sidang media itu.