Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia, suka menanam sayur-sayuran, malah turut menternak ayam, sebagai cara untuk beliau bersantai.
"Beliau cukup gemar bermain golf tetapi pada masa sama suka bercucuk tanam dan apa yang ditanamnya sentiasa menjadi," kata seorang kurator Memorial Tun Razak, yang dulunya dikenali sebagai Sri Taman, kediaman rasmi Perdana Menteri.
Kediaman itu dikekalkan seperti ketika Allahyarham tinggal di sana bersama keluarganya. Malah kenderaan golf yang pernah digunakannya masih berkeadaan baik, begitu juga bilik bacaannya.
Rumah dua tingkat dengan reka bentuk ala-California itu mempunyai halaman dalam ala Jepun. Namun semua itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
"Allahyarham tidak mahukan kolam renang dibina di rumah itu walaupun didesak lima anaknya," kata kurator itu, Mahani Mohammad.
"Ia terlalu mahal dan Tun bimbang apa pula kata rakyat... rakyat sentiasa menjadi keutamaan beliau," kata Mahani.
"Jika anda meninjau rumah ini, pasti anda akan sedar betapa sederhananya Tun. Beliau sayangkan anak tetapi tidak mahu memanjakan mereka," katanya.
Najib, Johari, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir, masing-masing mempunyai bilik dengan katil, almari pakaian dan meja belajar. Namun bilik mereka tidak mempunyai bilik air.
Mahani berkata bilik tidur utama juga menunjukkan Allahyarham Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri dari 1970 hingga 1976, adalah suami yang bertimbang rasa.
Terdapat pintu tepi yang digunakannya jika beliau pulang lewat dari pejabat atau majlis rasmi supaya tidak mengganggu isterinya, Tun Rahah Mohammad Noah.
BACA: 40 tahun perginya 'Bapa Pembangunan Malaysia'
Sri Taman, yang terletak di kawasan Tasik Perdana di sini mempunyai keluasan 1,200 meter persegi.
Dewan pamerannya menempatkan 1,650 barangan terdiri daripada pelbagai kategori termasuk biografi, barangan milik peribadi, politik dan pendidikan.
Barangan paling bernilai pastinya Buku Merah yang tertera maklumat terperinci berkaitan dasar pembangunan negara yang cukup sinonim dengan Allahyarham.
Atas kejayaannya membangunkan negara ini, Allahyarham Tun Razak digelar Bapa Pembangunan.
Bagi Allahyarham, maksud pembangunan yang paling penting adalah perubahan -- perubahan sikap dan pemikiran.
"Kerajaan boleh membina jalan, menyediakan perkhidmatan kesihatan, bekalan air serta kemudahan harian yang lain menerusi sumber kita sendiri.
"Tapi perlu diingat kadar pembangunan sesebuah negara terletak kepada peningkatan rakyatnya sendiri," kata Allahyarham.
"Kemajuan dan nasib negara terletak di tangan rakyat dan saya meminta setiap seorang daripada anda untuk memberikan yang terbaik ke arah kemajuan Malaya.
"Pada kesudahannya, inilah negara ini, tanah air kita."
Itulah ucapan Allahyarham pada Mei 1960 ketika beliau belum menjadi Perdana Menteri manakala Malaysia pula belum lagi ditubuhkan.
Keyakinan tinggi yang dipegang itu kekal bersamanya sehingga ke akhir hayatnya.
Bernama
Wed Jan 13 2016

Gambar fail Sri Taman yang kini Memorial Tun Razak, kediaman rasmi Allahyarham ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia yang kedua dari 1970 hingga 1976. - fotoBERNAMA
Pusat AI Sabah pertama dijangka beroperasi hujung tahun ini
Penubuhan pusat AI tersebut seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan ke arah menggalakkan penggunaan teknologi ini di Sabah.
Sarawak komited capai liputan 100 peratus
Sarawak komited untuk memastikan liputan bekalan elektrik mencapai 100 peratus menjelang tahun 2030.
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Empat PPS dibuka di Telupid
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid, SABAH susulan banjir yang melanda daerah itu.

PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik
PKNS berkata, tanah itu tidak dikira sebagai aset strategik untuk pembangunan kerana beberapa faktor utama yang membataskan potensinya.

Helikopter Presiden Honduras lakukan pendaratan cemas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Honduras Xiomara Castro melakukan pendaratan cemas pada Selasa di kawasan pergunungan di bahagian barat laut negara itu, lapor Xinhua.
ADMM Retreat sepakat perkasa keselamatan serantau
Untuk perincian lanjut, kita terus bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang berada di Pulau Pinang bagi mengikuti ADMM Retreat kali ke-19.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.

Fakta masih relevan, Tun Mahathir kekal 'Bapa Pemodenan' - Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan tidak akan mengubah kandungan buku teks sedia ada di sekolah mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Air mata Najib gugur cerita mengenai bapa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucaptama di seminar memperingati bapanya.

Walaupun hidap leukemia, Tun Razak abadikan hidupnya untuk bangunkan negara
Walaupun didiagnosis menghidap penyakit leukemia pada 1969, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein telah mengabadikan hidupnya dengan bekerja sekeras untuk negara.

Tun Razak, pemimpin berjiwa rakyat
Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia, suka menanam sayur-sayuran, malah turut menternak ayam, sebagai cara untuk beliau bersantai.

40 tahun perginya 'Bapa Pembangunan Malaysia'
Pada 14 Jan 1976, Malaysia kehilangan seorang negarawan yang memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan ekonomi negara dan perpaduan rakyat.