KUCHING: Tun Abdul Taib Mahmud pada Selasa menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi penggal ketiga di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.
Istiadat mengangkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sarawak bermula jam 3.00 petang yang dimulakan dengan pendaftar istiadat menghadap Yang Dipertua Negeri untuk perkenan memulakan istiadat.
Kemudian Premier Sarawak membaca surat pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Abdul Taib kemudian mengangkat sumpah pelantikan jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan.
Selepas mengangkat sumpah, Abdul Taib telah menandatangani surat angkat sumpah pelantikan dan surat pengisytiharan disaksikan oleh Premier Sarawak dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Terdahulu beliau telah menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong di Dewan Sri Setia Istana Negara pada Isnin.
Ini merupakan penggal ketiga beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak.
Lantikan pertama adalah pada 1 Mac 2014 hingga 28 Februari 2018, manakala lantikan kedua pada 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2022.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kawalan Hormat Diraja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak di pekarangan DUN.
Hadir sama ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.
Dilahirkan pada 21 Mei 1936, anak sulung daripada 10 beradik itu pernah memegang jawatan ketua menteri selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 menggantikan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub.
Beliau pernah berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.
Anak jati Sarawak etnik Melanau itu menceburi politik pada tahun 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Mar 01 2022
Istiadat mengangkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sarawak bermula jam 3.00 petang yang dimulakan dengan pendaftar istiadat menghadap Yang Dipertua Negeri untuk perkenan memulakan istiadat. - Foto Japen Sarawak
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Jenayah: Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Tiga pemandu van sekolah ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di kawasan parkir di hadapan Plaza Flamingo, Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 29 Jan lepas.
Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 29 tahun itu yang juga kenalan mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira 8.30 malam.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata dua anjing pengesan itu, Lady dan Grouse dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh pasukan penyelamat di air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Dewan Rakyat: Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus hari ini
Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani isu geopolitik dan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Singapura lulus akta lindungi keharmonian kaum daripada campur tangan asing
Parlimen Singapura meluluskan Akta Penyelenggaraan Keharmonian Kaum, pada Selasa.
Taib Mahmud kenang detik 'lamar' mendiang Masing, gembira dapat berkhidmat bersama
Masing seorang yang jujur dan saya gembira kerana berpeluang bekerja dengannya sebagai salah seorang menteri di bawah pentadbiran saya.