Dua remaja masing-masing dipenjara sehari dan tiga hari serta didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala 'Superman' dan 'wheelie' bulan lepas.
Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 atau sebulan penjara terhadap juruteknik, Saifurrohim Lobak, 18, manakala hukuman penjara tiga hari dan denda RM5,000 atau tiga bulan penjara dikenakan terhadap penjaga stor, Muhammad Aiman Shoberin, 19.
Saifurrohim didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya sambil melakukan aksi mengangkat roda hadapan motosikal yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Perbuatan itu dilakukan di Jalan Raja Laut di sini di antara 12.30 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 8 Jun lepas.
Muhammad Aiman pula didakwa menunggang motosikalnya dengan melulu dan berbahaya sambil melakukan aksi ala 'Superman' di Lebuh Raya DUKE antara 4.15 pagi dan 4.19 pagi pada 5 Jun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000, serta lesen percubaan dibatalkan dan hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.
Terdahulu, Saifurrohim yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan alasan dia telah insaf setelah menjalani tahanan reman selama 41 hari.
Sementara itu, peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani yang mewakili Muhammad Aiman memohon hukuman berbentuk bon jaminan dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Hashimah Hashim memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.
Berdasarkan fakta kes, kedua-dua mereka ditahan polis semasa operasi dan rondaan samseng jalan raya di kedua-dua jalan itu.
Bernama
Tue Jul 19 2016

Aktiviti dan aksi berbahaya melibatkan penunggang motosikal sentiasa dipantau pihak berkuasa. - Gambar fail

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Ops Lejang: JPJ Kelantan keluar 241 notis kesalahan jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 241 notis termasuk saman dan sitaan atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi penguatkuasaan Ops Lejang.

Penunggang wanita buat aksi 'Superman', zig-zag di Lebuhraya PLUS serah diri
Suspek menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Muallim, kira-kira jam 9.10 malam, untuk membantu siasatan.

Padah buat 'wheelie', dua lelaki ditahan
Dua lelaki tersebut dikesan hasil Op Samseng Jalanan di kawasan Lurah Semantan, Jalan Ahmad Shah, Jalan Tun Ismail dan Jalan Pak Sako yang bermula jam 1.30 dan berakhir pada 6 pagi.

Lumba haram lepas makan 'roti john' di Senawang
13 penunggang motosikal yang diberkas berumur antara 19 hingga 25 tahun.

Polis siasat dua remaja lakukan aksi 'wheelie' dan 'scorpian'
Kedua-dua remaja lelaki berusia 18 dan 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Keda Nagalilit dan Kampung Sungai Seluang Bawah.

Kanak-kanak pamer aksi bahaya: Siasatan selesai - Polis Perak
Kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Padah lagak samseng jalanan, 14 ditahan
Polis mengesan penunggang terbabit melakukan aksi 'superman', bersaing sesama sendiri, menundukkan badan dan zig-zag.

Polis kenal pasti nombor pendaftaran motosikal perakam
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu boleh terus menghubungi balai polis berdekatan.

Empat penunggang motosikal tunjuk aksi berbahaya ditahan
Kesemua penunggang motosikal berusia 19 hingga 21 tahun itu didapati melakukan aksi zig zag serta bersaing sesama sendiri.

Aksi zig-zag bawa padah, empat 'Mat Rempit' ditahan
Kesemua yang ditahan dalam lingkungan umur 16 hingga 24 tahun itu dilihat menunggang sambil melakukan aksi berbahaya.