Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati pihak-pihak yang berkaitan agar menunggu laporan akhir siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, daripada membuat andaian.
Beliau berkata siasatan masih belum lengkap, hanya laporan awal hasil ujian kimia yang sudah dimaklumkan kepada pihak media.
"Kita tunggulah laporan akhir nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis 'Memperkasa Kepimpinan Veteran UMNO Merentasi Zaman" di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat di sini hari ini.
BACA: Pemuda BN gesa kerajaan timbang semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara
BACA: Kekebalan diplomatik bukan alasan tidak bantu siasatan - Khalid
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan awal hasil ujian kimia mengenai bahan digunakan dalam kes pembunuhan pada 13 Feb itu yang dikenal pasti sebagai 'VX Nerve Agent' yang tersenarai sebagai senjata kimia.
"Itu yang saya cakap tunggu sampai laporan akhir keluar dulu.
"Masalahnya, perbalahan yang berlaku antara Kedutaan Korea Utara dengan pihak polis ini pun akhirnya akan memberi kesan negatif kepada hubungan diplomatik kedua-dua negara.
"Kita hendak satu laporan yang betul-betul tamat dan pasti bagi menjelaskan kematian mangsa," kata Nur Jazlan.
Pada 13 Feb lepas, Jong-nam yang mahu menaiki penerbangan ke Macau, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai disembur bahan beracun.
Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
NUR JAZLAN: Pihak-pihak yang berkaitan diminta agar menunggu laporan akhir siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, daripada membuat andaian. - Gambar fail
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah terlibat dadah
Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negara ini.
Kerajaan pandang serius pemilikan senjata api elak kejadian tidak diingini
Kerajaan sentiasa memandang serius mengenai pemilikan senjata api terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia bagi mengelak insiden tidak diingini.
Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat
Orang ramai digesa memberi pandangan untuk pindaan Dasar Dadah Negara menerusi laman sesawang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula hari ini sehingga 30 Nov, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri.
KDN minta PPIM serah bukti mengenai sembilan 'Dragon'
KDN minta PPIM mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram yang didalangi oleh sembilan ketua digelar 'dragon'.
Tunggu laporan akhir siasatan kes Jong Nam - Nur Jazlan
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati pihak-pihak yang berkaitan agar menunggu laporan akhir siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, daripada membuat andaian.
Bimbing dan disiplin, bukan sekat keinginan remaja keluar malam - Dr Mariani
Larangan untuk remaja keluar rumah pada waktu malam hanya akan membuatkan anak muda berasa lebih tercabar kerana pada usia itu sikap memberontak dalam diri remaja amat kuat, kata seorang pakar.
Tatacara pengurusan Tabung Warisan Polis bakal diubah - Nur Jazlan
Tatacara pengurusan TAWP akan diubah dalam masa terdekat bagi memperluaskan peranannya agar tidak hanya menjaga kebajikan pesara polis malah turut mengumpul dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Tangkapan warga Indonesia rancang serang Singapura: Keselamatan negara terkawal
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif berikutan kes-kes serangan pengganas yang berlaku di negara jiran sebelum ini.
Pakatan pegawai kanan Kerajaan antara faktor berlaku penyelewengan - Nur Jazlan
Nur Jazlan turut berpandangan pakatan yang terbentuk itu mampu menafikan prosedur yang ditetapkan bagi mengelak salah guna kuasa berlaku.
Hanya dokumen sokongan dari Jabatan Audit Negara iringi laporan PAC bawah OSA
Rumusan laporan PAC masih boleh dibentang di Parlimen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed.