BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya di tempat awam baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, suspek berusia 50-an diberkas kira-kira jam 3.30 petang Rabu di Jalan Aston, Bukit Mertajam selepas kira-kira tiga hari diburu sejak 3 September lalu.
“Suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPT selepas video tidak senonohnya turut tular di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Bukit bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Media sebelum ini melaporkan, polis memburu seorang lelaki yang bertindak membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di tempat letak kereta di Alma, Bukit Mertajam pada 3 September lalu.
Video kejadian itu tular apabila aksi tidak senonoh itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial oleh individu dipercayai mangsa yang berada di dalam sebuah kereta.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 07 2023

Suspek berusia 50-an diberkas kira-kira jam 3.30 petang Rabu di Jalan Aston, Bukit Mertajam selepas kira-kira tiga hari diburu. - Gambar hiasan

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Tunjuk kemaluan di tempat awam, lelaki akhirnya ditahan polis
Suspek berusia 50-an diberkas kira-kira jam 3.30 petang Rabu di Jalan Aston, Bukit Mertajam selepas kira-kira tiga hari diburu.

Bomba bantu keluarkan cincin tersekat di kemaluan warga emas
Difahamkan mangsa yang berusia 72 tahun itu datang sendiri ke hospital tersebut bagi meminta bantuan mengeluarkan cincin berkenaan.

Lelaki mengerang kesakitan cincin tersangkut pada kemaluan
Lelaki berusia 29 tahun itu terpaksa memandu kereta dalam keadaan menahan kesakitan untuk ke hospital.

Lelaki tunjuk kemaluan dekat LRT ditahan
Lelaki tunjuk kemaluan dekat LRT ditahan

Kemaluan dipotong, dicampak selepas dituduh cuba merogol anak buah
Mengerikan! Seorang lelaki berdepan detik negeri apabila kemaluannya dipotong oleh dua lelaki kemudian diberi makan kepada beberapa ekor babi hutan.

Kemaluan tersekat dalam botol plastik
Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik pada Ahad.

Kemaluan dipotong, dicampak selepas dipaksa ketuk ketampi
Mengerikan! Seorang lelaki warganegara Pakistan berusia 32 tahun berdepan detik ngeri dalam hidupnya apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini

Lelaki tahan sakit dua jam kemaluan tersangkut cincin
Mangsa berusia 38 tahun dan sudah berkahwin itu dikatakan panik selepas cincin itu tidak dapat dikeluarkan selepas disarung pada kemaluan.

Lintah selinap masuk dalam lampin kanak-kanak, sudahnya...
Seorang kanak-kanak perempuan mengalami pendarahan selepas seekor lintah dipercayai menyelinap masuk ke dalam kemaluannya di Bangkok.

Tiga kali panggil bomba buang objek tersekat pada kemaluan
Seorang lelaki terpaksa mendapatkan khidmat pasukan bomba buat kali ketiga untuk mengeluarkan objek yang terlekat pada kemaluannya.