KUALA LUMPUR: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim bersama gandingannya Luca Stolz mengungguli carta kejuaraan GT World Challenge Fanatec GT3 Asia selepas mendapat penamat podium di Mobility Resort, Motegi, Jepun hari ini.
Selepas menamatkan perlumbaan pertama di tempat keempat semalam, gandingan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) yang menggunakan jentera Mercedes-AMG GT3 terus cemerlang dengan menamatkan cabaran perlumbaan kedua di tempat kedua.
"Saya harap kita dapat teruskan momentum ini dan menamatkan musim di kedudukan teratas. Mudah-mudahan kita dapat penamat podium dalam dua perlumbaan pusingan akhir di Sepang nanti.
"Kita sentiasa beraksi dengan hebat di sana (Sepang) dan berharap ia tetap sama tahun ini," katanya Tunku Abu Bakar dalam kenyataan hari ini.
Seorang lagi putera Sultan Johor Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim dan rakan sepasukannya Broc Feeney pula menamatkan saingan di tempat ke-13.
Pusingan kesembilan dan ke-10 akan berlangsung di Litar Antarabangsa Okayama pada 18 hingga 20 Ogos, namun pasukan JMR akan kembali beraksi hujung minggu depan pada siri kejuaraan GT World Challenge Fanatec Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
![Tunku Abu Bakar-Stolz ungguli GT World Challenge Fanatec GT3 Asia Tunku Abu Bakar-Stolz ungguli GT World Challenge Fanatec GT3 Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690119421_TBGTASIA.jpg)
Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim bersama gandingannya Luca Stolz mengungguli carta kejuaraan GT World Challenge Fanatec GT3 Asia. - Foto: JMR
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Penampilan sulung Tunku Abu Bakar pada cabaran Spa di Belgium, Jun ini Penampilan sulung Tunku Abu Bakar pada cabaran Spa di Belgium, Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716210395_litarspafrancorcha.jpg)
Penampilan sulung Tunku Abu Bakar pada cabaran Spa di Belgium, Jun ini
Ini peluang berharga untuk mengasah kemahiran Tunku Abu Bakar dan menyesuaikan diri dengan tuntutan acara tahan lasak itu.
![Tunku Abu Bakar-Stolz ungguli GT World Challenge Fanatec GT3 Asia Tunku Abu Bakar-Stolz ungguli GT World Challenge Fanatec GT3 Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690119421_TBGTASIA.jpg)
Tunku Abu Bakar-Stolz ungguli GT World Challenge Fanatec GT3 Asia
"Saya harap kita dapat teruskan momentum ini dan menamatkan musim di kedudukan teratas."