KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap penularan penyakit berjangkit dengan yang terbaharu, wabak cacar monyet.
Ketika menzahirkan kebimbangannya, baginda turut menyeru orang ramai supaya lebih peka dengan situasi semasa dan pada masa yang sama sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya kanak-kanak.
"Walaupun kita dah beralih dari fasa pandemik ke endemik, namun masih ada lagi penyakit lain, jadi menjadi tanggungjawab untuk kita menjaga diri sendiri," katanya dalam ucapan ringkas selepas merasmikan Klinik Sejahtera UIAM di sini hari ini.
Cacar monyet adalah disebabkan oleh jangkitan 'orthopoxviruses' dan virus itu dijangkiti kepada manusia melalui gigitan (haiwan yang dijangkiti) atau sentuhan langsung dengan darah haiwan atau cecair badan haiwan yang dijangkiti.
Virus cacar monyet telah menyerang beberapa negara termasuk Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria.
Terdahulu, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Syawal Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Raya@IIUM) yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Aktiviti UIAM yang turut dihadiri kira-kira 3,000 warga UIAM.
Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM, turut berkenan berangkat melawat klinik yang terletak di Bangunan Kulliyyah Pendidikan UIAM itu yang telah lengkap pengubahsuaiannya pada Mac 2022.
Klinik itu kini mempunyai sebanyak enam bilik konsultasi dan rawatan yang luas untuk merawat pesakit dan mempunyai kelengkapan Makmal Klinik, Farmasi, Radiologi, bilik rawatan dan klinik gigi.
Hadir sama, ialah Presiden UIAM Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan Rektor UlAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencuba perkhidmatan yang disediakan di Klinik Sejahtera UIAM ketika melawat klinik berkenaan di Pusat Aktiviti UIAM Kampus Gombak. - fotoBERNAMA
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
JPJ periksa 1,106 kenderaan dalam Op Sepadu menjelang Tahun Baharu Cina
Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya dikenakan tindakan semasa Op Sepadu Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur malam tadi.
Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni – Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa petugas kaunter kerajaan perlu mengamalkan sikap mesra, responsif, dan berintegriti ketika berurusan dengan masyarakat.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.
Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel
Pentagon menarik balik sekatan terhadap penghantaran bom yang dikenakan oleh Biden pada Mei lepas.
AWANI Ringkas: COVID-19 berpunca daripada insiden makmal?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.
Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.
Kes mpox meningkat di beberapa negara Afrika - WHO
Kes mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, terus meningkat di beberapa negara Afrika dan penyakit itu mula merebak ke kawasan baharu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Korban mpox di DR Congo lebih 610 orang
Kes yang disyaki dilaporkan di wilayah terjejas oleh konflik, yang menempatkan sebahagian besar daripada 7.3 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di negara itu.
Kerajaan telah aktifkan bilik gerakan mpox - Dzulkefly
Kerajaan telah mengaktifkan bilik gerakan khusus untuk wabak cacar monyet atau mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.
Mpox: Rujuk dahulu info rasmi KKM untuk sahkan berita tular - Fahmi
Orang ramai diminta merujuk kenyataan rasmi kementerian atau agensi berkaitan untuk mengesahkan sebarang berita tular, termasuk mengenai kes jangkitan cacar monyet atau mpox.