JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang, Kota Tinggi hari ini.
Dalam sesi lawatan itu, Tunku Mahkota Ismail selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor dipersembahkan dengan Demonstrasi Prosedur Tangkapan Pendatang Asing.
"Keberangkatan baginda adalah susulan kejayaan cemerlang pelaksanaan Operasi Bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan di negeri Johor dalam OP MERPATI 1.
"Operasi berkenaan berjaya menahan 24 tekong iaitu 13 tekong darat dan 11 tekong laut serta 1,108 orang pendatang asing dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM2.6 juta," menurut hantaran di laman Facebook Pemangku Sultan Johor hari ini.
Di bawah kepimpinan baginda, kerjasama erat khususnya antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Johor dengan Tentera Darat menerusi Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia membuahkan kejayaan cemerlang sekali gus dapat membanteras kemasukan pendatang asing ke negara ini terutamanya di Johor, menurut hantaran itu.
Turut hadir Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani dan Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia Brigadier Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang, Kota Tinggi hari ini. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Johor mohon kembalikan 20 peratus hasil cukai kepada negeri - MB
Kerajaan Johor memohon Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan pemberian 20 peratus hasil cukai yang dikutip di negeri berkenaan.
Cuti Sabtu, Ahad: Tak puas hati, dipersilakan pindah ke negeri yang cuti Jumaat, Sabtu - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati, mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.
Cuti hujung minggu Johor ditukar Sabtu dan Ahad mulai 1 Jan 2025
Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan tahun depan.
Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Polis siasat hantaran Facebook kaitkan Tunku Mahkota Ismail dalam tuduhan rasuah
Polis terima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook yang mengaitkan Pemangku Sultan Johor dalam tuduhan rasuah.
Tunku Mahkota Ismail dipersembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan YDPA ke-17
Tunku Mahkota Ismail hari ini berangkat ke Majlis Menghadap untuk menyembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan YDPA ke-17.
Pemangku Sultan Johor berkenan sempurna Majlis Pecah Tanah Pejabat Urusan MPP
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pejabat Urusan Majlis Perbandaran Pengerang hari ini.
Kadangkala Harimau juga perlu bercuti dan berenang - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menerapkan konsep 'Keluarga JDT' sebagai elemen yang menyatupadukan perpaduan dalam kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
Isu kesesakan CIQ BSI, KSAB perlu diselesai tanpa kompromi - Tunku Mahkota Ismail
Isu kesesakan yang dilaporkan berlaku di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) perlu diselesaikan tanpa kompromi.
Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.