Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberi tempoh empat hari untuk memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim kononnya menerima rasuah daripada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd berhubung isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Menurut Abdul Azeez, Setiausaha Agung DAP itu beberapa kali membuat kenyataan menyebut 'Ahli Parlimen UMNO Baling' dalam isu tersebut dengan tujuan cuba menghasut dan mengelirukan rakyat.
Malah katanya, Guan Eng juga mempersoalkan sama ada beliau layak atau tidak sebagai Pengerusi Tabung Haji (TH) selepas menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM3 juta daripada Zenith.
“Saya tuntut beliau mohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah terhadap saya, UMNO, Tabung Haji dan rakyat Baling.
“Ini juga kerana dia mengatakan saya tidak layak jadi Pengerusi Tabung Haji dan tuduh UMNO terima duit. Saya juga tuntut aku janji Guan Eng tidak mengulangi kata-kata serupa,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Abdul Azeez berkata, peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf itu ke pejabat Ketua Menteri tersebut dan ke kediaman Guan Eng semalam.
Selain permohonan maaf melalui media perdana, beliau juga menuntut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberi maklumat bagaimana tuduhan beliau menerima RM3 juta menjadi tular sebelum menerima surat peguam Zenith.
“Surat peguam itu bertarikh 23 Februari dan saya terima pada 28 haribulan tetapi sebelum itu sudah viral kaitkan saya, UMNO dan Tabung Haji.
“Sedangkan saya tak ada kena mengena dengan syarikat membina terowong dasar laut. Saya akan teruskan saman fitnah minggu depan jika Guan Eng enggan memohon maaf dan menarik balik kata-katanya,” ujar beliau.
BACA: "Azeez Rahim? Tolonglah..." - Guan Eng
Menurut Abdul Azeez, Guan Eng tidak patut mengaitkan TH yang mempunyai 9 juta pendeposit dan UMNO yang ada lebih 3 juta ahli dalam isu tersebut.
Kelmarin, peguam Zenith memohon maaf kepada Azeez berhubung tuduhan menerima rasuah RM3 juta selepas menyedari nama Ahli Majlis Tertinggi UMNO dipergunakan kononnya boleh berunding dengan SPRM yang menyiasat kes pembinaan terowong tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 06 2018

UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan Azeez Rahim dalam saman terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng ke tarikh lain.

Rayuan Abdul Azeez kes saman fitnah terhadap Guan Eng didengar Mei 2023
Pendengaran rayuan Abdul Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Guan Eng ditetapkan semula pada 19 Mei tahun depan.

Dewan kecoh: Azeez dakwa cakap Tamil dengan gajah, Rayer anggap itu biadab, kurang ajar
Kerana enggan patuh pada arahan, Speaker arahkan RSN Rayer keluar dari Dewan selama 10 minit

Isu Tabung Haji kembali hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) terus menjadi topik hangat diperdebat di Dewan Rakyat.

Abdul Azeez dakwa Mujahid terkhilaf dalam isu TH
Laporan audit yang disediakan PricewaterhouseCoopers menyatakan nilai liabiliti TH ialah RM74.4 bilion melebih nilai aset (RM70.3 bilion) adalah tidak tepat.

Azeez Rahim, Riza Aziz dipanggil SPRM
Kehadirannya dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Tuntut maaf terbuka, Guan Eng diberi masa 4 hari
Datuk Seri Abdul Azeez Rahim memberi tempoh empat hari kepada Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dirinya.

Rombakan MT UMNO: Ahmad Maslan pegang portfolio Informasi, IT
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan rombakan beberapa portfolio Majlis Tertinggi UMNO.

Tragedi kren tumbang Mekah: TH belum terima laporan siasatan penuh
Tabung Haji belum menerima laporan hasil siasatan penuh tragedi kren runtuh di Masjidilharam, Mekah.

121 jemaah Malaysia terkandas di Madinah dibawa pulang
Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang esok.