Tuntutan gereja Kristian untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu adalah bertujuan untuk meyakinkan orang Melayu bahawa agama Kristian adalah serupa dan serumpun dengan Islam, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.
Tujuannnya juga adalah supaya orang Melayu yakin mereka masih beriman dengan Allah biarpun sudah mengikut cara hidup dan bersembahyang mengikut cara Kristian.
Menurut Tun Abdul Hamid, selama 500 tahun agama Kristian bertapak di Malaysia, Gereja Roman Katolik tidak pernah mengatakan Allah itu nama Tuhan mereka malah mempersendakan nama Allah sebagai Tuhan orang Islam dan sekarang pun hanya mahu menggunakannya dalam Bahasa Melayu.
"Selama 500 tahun mereka gagal menarik orang Melayu menganut agama mereka. Ini adalah taktik baru," kata beliau dalam kertas kerjanya pada Forum Kebangsaan Hak Asasi Manusia Dalam Tradisi Islam di sini, hari ini.
Forum itu dianjurkan bersama oleh Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Forum itu dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut melancarkan buku bertajuk Hak Asasi Manusia Dalam Tradisi Islam.
Tun Abdul Hamid juga bertanya sekiranya gereja Kristian Roman Katolik itu telah insaf bahawa Allah adalah Tuhan mereka, mengapa mereka tidak meminta Pope di Vatican mengisytiharkan bahawa tuhan Roman Katolik adalah Allah?
"Takkanlah ini pun orang Melayu dan Islam, termasuk ulama, tidak boleh nampak," katanya.
Tun Abdul Hamid juga berpendapat isu penggunaan kalimah Allah itu juga mempunyai tujuan politik iaitu memecahbelahkan orang Melayu dengan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.
Beliau juga mengingatkan orang Melayu supaya sedar tentang bahaya ungkapan bahawa semua agama Nabi Ibrahim atau agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi adalah sama kerana akibatnya sama seperti penggunaan kalimah Allah yang dituntut oleh gereja Kristian Roman Katolik itu.
Sementara itu dalam sidang medianya, Tun Dr. Mahathir mempertahankan kenyataan bahawa kalimah Allah adalah kegunaan eksklusif untuk umat Islam dan turut sependapat bahawa ia bertujuan untuk mengelirukan umat Islam.
Katanya, kalimah Allah tidak pernah digunakan oleh penganut Kristian dalam mana-mana Bible sebelum kedatangan Islam lebih 1,400 tahun yang lalu.
Tun Dr. Mahathir juga berpendapat penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian seharusnya hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak sahaja dan tidak perlu dibawa ke Semenanjung.
"Kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal di mana penggunaan kalimah Allah hanya untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak," katanya.
Tambah Tun Dr. Mahathir, beliau tidak nampak apa sebabnya kalimah Allah hendak digunakan dalam Bible di Semenanjung kerana bahasa Melayu digunakan oleh majoriti orang Melayu yang beragama Islam.
"Di zaman pemerintahan British dahulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang terdapat usaha untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat," katanya.
Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 memutuskan sekatan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald tidak bertentangan dengan undang-undang kerana penggunaan kalimah Allah bukan merupakan asas atau sebahagian daripada amalan dalam agama Kristian dan ia bukan sesuatu yang dijamin sebagai kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan itu bagaimanapun tidak menamatkan kemelut tuntutan gereja Katolik berkenaan sebaliknya beberapa pihak mendakwa ia menyebabkan kekeliruan kerana sebelum ini kerajaan persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Jabatan Agama Islam Selangor menghangatkan polemik itu apabila bertindak menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia awal bulan ini dan merampas sejumlah Bible bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.
Rentetan insiden itu membawa kepada titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah baru-baru ini bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam.
Kerajaan Persekutuan dalam pada itu komited dengan penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu seperti yang dipersetujui pada April 2011.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memaklumkan komitmen itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet minggu ini pada Rabu.
Dalam pada itu, Tun Abdul Hamid berpendapat undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis tidak boleh dibuat untuk dipakai kepada orang Islam di negara ini kerana ia tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.
"Sebabnya ialah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang keluarga bagi orang Islam ialah Hukum Syarak," katanya, dan menambah "Hukum Syarak tidak membenarkan perkahwinan sejenis."
Astro Awani
Fri Jan 24 2014


Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

DAP harus dijadikan model dalam perjuangan Putra - Ibrahim Ali
Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali menegaskan, ideologi Malaysian Malaysia parti DAP wajar dicontohi kerana mereka pandai dalam menjaga agenda kaum mereka.

ISA bukan undang-undang yang baik, tapi lupakah pada 13 Mei? - Tun Abdul Hamid
Abdul Hamid mempersoalkan apakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara sudah tidak ada lagi.

Tuntutan kalimah Allah taktik baru murtadkan umat Islam - Tun Abdul Hamid
Tuntutan kalimah Allah taktik baru murtadkan umat Islam, kata bekas Ketua Hakim Negara.

Orang Islam perlu pertahan hak dalam isu kalimah "Allah" - Tun Abdul Hamid
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata orang Islam di Malaysia perlu mempertahankan hak mereka dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.