Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pegawai Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Johor bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu melebihi RM400,000 pagi Selasa.
Susulan penahanan lima kontraktor lelaki terlibat Isnin malam, wanita berumur 30 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini, pada kira-kira 11 pagi Selasa.
Menurut sumber SPRM, hasil siasatan mendapati wanita itu bersubahat dengan semua kontraktor terlibat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Program Karnival SDSI (Satu Daerah Satu Industri) dan Keusahawanan bagi daerah Segamat, Mersing, Muar, Kluang, Tangkak dan Kulai serta Program Minggu PKS (Program Kecil dan Sederhana) Kebangsaan Peringkat Negeri Johor, dua tahun lepas.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 17 2018

Hasil siasatan mendapati wanita itu bersubahat dengan semua kontraktor terlibat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Program Karnival SDSI. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.

Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

90 tangkapan SPRM Johor sejak 2020 hingga 2022 babitkan penjawat awam
Sebanyak 90 tangkapan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2020 hingga Dis tahun lepas di negeri ini melibatkan penjawat awam.

Kakitangan sekolah ditahan kemuka tuntutan palsu
Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM di sini kira-kira jam 5 petang Isnin selepas hadir memberikan keterangan.

Ejen pemerdagangan manusia ditahan rasuah anggota polis di SJR
Seorang lelaki dipercayai ejen kegiatan pemerdagangan manusia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai memberi rasuah kepada anggota polis.

Wee rakam penghargaan petugas HKL rawat mangsa pelanggaran LRT
Jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.

Pensyarah minta rasuah ditahan
Lelaki berusia 29 tahun yang bertugas di sebuah akademi swasta itu ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira 2 petang semalam.

Tuntutan palsu RM20 juta, SPRM tahan penyelia asrama bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penyelia asrama di Kota Tinggi malam tadi bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu kontrak pembekalan makanan pelajar.

Kartel daging: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas - SPRM Johor
SPRM Negeri Johor sudah pun menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.

Kartel daging: Lebih banyak tangkapan akan menyusul - SPRM
Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram.