BUKIT MERTAJAM: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan hari ini tidak menafikan ada individu dalam kalangan anggota MIC terlibat dalam tuntutan palsu berkaitan Progam Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).
Beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata bagaimanapun penglibatan individu dalam tuntutan palsu itu tidak mempunyai kaitan dengan parti MIC.
"Saya setakat ini tidak ada sebarang maklumat (mengenainya) tapi saya tidak boleh nafikanlah penglibatan individu, tapi itu tidak ada kaitan dengan MIC," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Flex Oenang berhubung usaha memperkasa penempatan pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), di kilang Flex Plan 5, di sini hari ini.
Saravanan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa pihak yang didengarinya, mengenai beberapa anggota parti politik itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat tuntutan palsu berkaitan PenjanaKerjaya.
SPRM sebelum ini dilaporkan menahan reman 40 individu bagi membantu siasatan isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif PenjanaKerjaya di beberapa negeri menerusi Op Hire beberapa hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022

Saravanan berkata, penglibatan individu dalam tuntutan palsu itu tidak mempunyai kaitan dengan parti MIC. - Gambar/ Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

PenjanaKerjaya:RM426 juta berjaya diselamatkan
Sebanyak RM426 juta dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) yang cuba dituntut oleh majikan yang tidak bertanggungjawab berjaya diselamatkan.

Seleweng PenjanaKerjaya: Perkeso lakukan tapisan ketat, pantau majikan
Tapisan ketat dan pemeriksaan mengejut akan dibuat secara berterusan ke atas majikan yang terlibat dalam PenjanaKerjaya.

PenjanaKerjaya: Menteri dedah 66 syarikat buat tuntutan palsu
Maklumat itu diperoleh selepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalankan siasatan forensik dalaman bagi mengesan salah laku berkenaan.

PenjanaKerjaya: Pengarah, pengurus syarikat pula antara ditahan SPRM
Tindakan dibuat bagi mendapatkan dana dibawah inisiatif Penjana bagi menjalankan program yang tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Tuntutan palsu PenjanaKerjaya: Saravanan tegaskan tiada kaitan MIC
Timbalan Presiden MIC berkata bagaimanapun penglibatan individu dalam tuntutan palsu itu tidak mempunyai kaitan dengan parti MIC.

PenjanaKerjaya: Pelaku perlu dibawa ke muka pengadilan
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mahu supaya semua pihak yang membuat tuntutan palsu berkaitan PenjanaKerjaya dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal.

Perkeso gantung RM423 juta bayaran PenjanaKerjaya
Perkeso telah menggantung bayaran Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) sebanyak RM423 juta susulan terdapat penyelewengan dan tuntutan palsu.

37 individu direman bantu siasatan tuntutan palsu, seleweng dana insentif PenjanaKerjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman 37 individu hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (PenjanaKerjaya).

MYFutureJobs: Kerajaan sasar kenaikan 20 peratus penempatan pekerjaaan tahun ini
Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam jumlah penempatan pekerjaan menerusi MYFutureJobs pada tahun ini, berbanding tahun lalu.

Webinar kerjaya tingkat kebolehpasaran dalam norma baharu - Perkeso
Webinar itu mengetengahkan panel jemputan dari dalam dan luar negara melibatkan pakar industri, wakil majikan dan penyedia khidmat latihan.